Trip trap in an island

250410

0952


 

Selasa

Pagi kerja macam biasa. Training dah abis. So kembali semula ke cubicle. Siapkan log book yang dah lama tertangguh. Petang tu, kitorang join seminar dari Pusat Tenaga Malaysia (PTM). Dorang datang dari bangi present pasal CO2 emission untuk energy sector. Untuk coal fired power plant, memang banyak akan kuarkan CO2. Disebabkan itu, kena la design new technology untuk mengatasi masalah ni. Seronok tengok otai2 bincang. Lagi seronok sebab dapat makan kuih melaka sambil dengar dorang potpet. Haha. Seminar ni dijalankan di Board Room bersebelahan bilik finance department.


 

Rabu

Abg Rhahimi approach aku ngan ria. Cakap ade job untuk kitorang regarding sport carnival yang bakal berlangsung. Dia suh kitorang sediakan peta untuk ke tempat event. Yeah! Ponteng keje lagi. Kitorang pun cari base map kat mr. google. Dah dapat tu kena la wat sendiri map macam kenduri kawen nye style. Seronok gak dapat join committee ni. Harap2 dapat la baju tshirt ke ape ke. Weehoo. Malam tu, gi men futsal seperti biasa. Memandangkan ria tak main sebab kasut dia koyak, so dia tolong la amik gambar sekitar permainan berlangsung. Seronok men ngan dorang ni. Tak tension2. Ni lah namanya merelease kan tension di dalam jaring.


selipar yang ditinggalkan setelah berjumpa kasut

Meriah-meriah

Man Utd vs Kedah

Owen main futsal rupanya



 

Khamis

Pagi tu aku cuba siapkan safety procedure untuk projek kami. Around 80% dah siap. Harap by next week dah boleh present. Mungkin kami pun akan bertukar department lepas ni. Sebab under ash handling sepatutnya sebulan saja. Tapi sebab aritu ade training, so tambah la seminggu lagi. Sekejap je rasa dah sebulan dah. Kenal section head pun tak berapa mendalam lagi. Hoh.

Petang lak ada meeting dengan committee sport carnival. Macam2 la merepek perbincangan dalam tu untuk memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau tak silap, inilah kali pertama TBPP jadi tuan rumah. So ramai mata2 yang akan memandang dan mengenyit jika ianya nampak seperti tidak kena. Jangan risau bos, kami akan siapkan apa yang perlu kami siapkan supaya ianya siap sebelum bos suruh kami siapkan apa yang belum siap.


 

Jumaat

Abg Rhahimi ajak gi pusing JB untuk survey map. Yeah! Pagi lagi dah gerak. Naik kembara company nyer. Nanti time carnival next week, aku la yang akan jd driver untuk kembara nih. Hoho. Company bagi 2 kembara and 1 van untuk bawak orang yang tertinggal bas jika ada. Kalau tak ada, company suh pergi danga city mall main bowling tengok wayang dan makan mcd megamac. Hahaha

First stop, UTM. Masuk dalam UTM, usha Scholar Inn tempat penginapan para atlit dari site2 lain dan mungkin juga penginapan untuk aku dan ria sepanjang carnival. Lepastu tengok Kompleks Sukan, Tennis court, padang utama dan dewan dinner. Malam sabtu nanti akan ada dinner untuk upacara pemujaan bagi hadiah untuk para pemenang.


Piala dari UNITEN kat kompleks sukan UTM. tapi taktau untuk apa.

After UTM, gerak ke Taman U untuk usha Sport & Recreation Club (SRC). Tempat berlangsungnya acara badminton. Ada kolam renang. Boleh mandi nanti! Pastu gerak ke Nusa jaya untuk acara cycling. Tempat nya baru nak membangun dan dorang buat lebih kurang macam Putrajaya. Nanti bila dah siap semua pejabat kerajaan akan pindah ke sini. Lengang la sket JB nanti. Huhu. Solat jumaat kat Masjid Abu Bakar, pastu makan nthen terus balik ke TBPP. Balik tu aku yang drive. Yeahh. Pasni leh aku wat drift pakai kembara dan namakannya kembarasasayangsayangeh.


on d way ke Nusajaya


Pemandangan di Nusajaya. Masih banyak lagi yang belum siap ni. Tapi agak lawa lebih kurang cam Putrajaya


 


 

Sekian laporan untuk minggu ini. Sila jumpa lagi.

Sunday, April 25, 2010 pada pukul 10:18 AM

0 Comments to "Trip trap in an island"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails