Hummingbird

180410

1543


 

Hari jumaat hari yang mulia. Hari second last kitorang nye induction. Last day ari isnin tapi En Tukimin kata maybe akan di extend lagi sebab macam tak abis lagi kitorang belajar. Setakat ari jumaat ni, kitorang baru masuk boiler, steam cycle, draught system, condensate system, Light Fuel Oil (LFO) system dan banyak lagi. Termasuk lah jugak slagging and fouling. Maybe ramai yang tak tau terms2 nie. Aku nak terangkan secara detail pun takut korang pun tak nak tahu. Sebab benda2 camni kena masuk dalam kelas belajar, baru rasa seronok. Nak terangkan kat sini, aku pun tido kalau baca sendiri2. Turbine, Generator, Transformer antara tajuk2 yang kitorang masih tak masuk secara terperinci. Site visit pun tak wat lagi. Harap2 adalah hari isnin ni. Hari2 terperap dalam office bosan jugak. Tak abis2 mengadap tv saham tu watpe. Lain kali pasang la espn ke, supersport ke baru la layan~


 

Tghari ni lunch baik punya. Nasi beriyani bai. Disebabkan free lagi, tibai la lauk2 yang patut ada dalam sesebuah nasi beriyani (betul ke sesebuah? Bukan sesepinggan ke?). Macam biasa lepas tu kami ke surau yang berdekatan untuk solat jumaat. Kalau tak silap surau tu kat kampung sungai dinar. Kalau tak silap la. Petang tu, training abis lambat skit sebab nak abiskan terus bahagian slagging and fouling. So ari isnin nanti boleh terus ke bahagian turbine. Abis tu, tengok ramai berkumpul kat meja faez ngan syed. Dorang kan dah last arini. Last2 pun, bwk souvenir tak nak kalah. Aku pun nak ikut cam dorang gak lah time nak blah nanti. Huhu


 

Sebelum balik, kitorang gi singgah jeti jap. Jeti ni terletak kat dalam TBPP bertentangan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Ada bot yang dikhaskan untuk pekerja2 TBPP yang datang dari belah2 sana. So kalau ada rezeki keja kat sini, aku nak duduk kat sana lah. Leh naik bot! haha. Memandangkan sunset hampir menjelma, aku pun amik gambar dengan banyaknya. Biasalah. Jakon tak pernah tengok sunset. Waklu! Hahahahaha


sunset di TBPP. menarik~
kapal maersk yang baru masuk ptp
bot TBPP untuk staff yang duduk belah2 sana
pelancong tempatan yang tak pernah tau mcmane nak bergambar
pelancong asing yang sesat jalan
bakal2 nakhoda kapal
brother yang tengah sempoi repair enjin bot tanpa mengendahkan paparazzi
jeti bot
lagi satu sunset yang cantik

 

 

Sunday, April 18, 2010 pada pukul 4:05 PM

0 Comments to "Hummingbird"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails