The slowest car they've ever built

When thinking about my dream car, ill go for beamer or merc..






Or should i think again?..










Because this one look pretty cool!...


Wednesday, July 14, 2010 pada pukul 10:00 AM , 0 Comments

10 perkara menarik yang akan berlaku jika Malaysia masuk World Cup



Kita sebagai rakyat Malaysia pastinya berharap suatu hari nanti negara kita akan layak memasuki World Cup. Tetapi apa akan jadi sekiranya kita adalah tuan rumah World Cup dan negara kita layak secara automatiknya? Inilah 10 perkara yang akan berlaku jika Malaysia layak memasuki World Cup:-


  1. Stadium akan dipenuhi dengan kompang, rebana, bongo, gong dan lagu2 semangat adalah berentakkan dikir barat.
  2. Final tidak sempat dilangsungkan kerana belum sempat masuk final, kerusi sudah habis dibakar dan dicampak merata-rata ke arah pemain di padang.
  3. Gol-gol yang dicari oleh Malaysia semestinya harus mempunyai unsur unik seperti gol dari goal kick oleh goalkeeper atau hasil balingan outside terus ke gawang pihak lawan.
  4. Sesi pertukaran baju tidak akan berlaku kerana pasukan Malaysia tidak mempunyai baju spare. Oleh itu, mereka mungkin mahukan baju pemain2 terkenal seperti Rooney, Messi dan Ronaldo tetapi mereka sama sekali tidak akan menyerahkan baju mereka sebagai ganti.
  5. Malaysia mungkin akan tersingkir awal dan selepas itu, tiada lagi peminat-peminat Malaysia yang tinggal. Rata-rata mereka akan kembali menyokong pasukan kegemaran seperti Brazil, Argentina mahupun Cote d' Ivore.
  6. Pemain-pemain dan para penonton serta para pengadil akan memakai topi keselamatan sebagai langkah keselamatan kerana bimbang bumbung stadium akan runtuh.
  7. Tiada lagi sorakan "Pulun Kedah Pulun" atau "Kejor Yop Kejor", dan ianya digantikan dengan "Malaysia Boleh!" walaupun kebolehannya masih diragui.
  8. Perlawanan akan ditunda jika hujan lebat kerana dikhuatiri padang bola akan bertukar menjadi kolam renang olimpik.
  9. Kedai-kedai mamak akan mengalami kerugian tidak seperti World Cup sebelumnya dimana, peminat-peminat lebih berminat untuk menonton live di stadium berbanding di skrin projektor mamak.
  10. Malaysia pastinya akan diberi cuti jika secara ajaibnya Malaysia menjulang World Cup buat julung-julung kalinya dalam sejarah dunia.


Friday, July 2, 2010 pada pukul 3:47 PM , 0 Comments

gambar ariel dan luna maya! (PANAS)





Sehingga kini, nama Ariel Peterporn masih disebut2 berikutan tersebarnya video rahsia antara dia dan Luna Maya. Kini, gambar mereka pula disebarkan ke merata2 tempat termasuklah website aku yang baru setahun jagung ini. Aku pun tak dapat pastikan adakah ini benar2 mereka atau ini lah yang dinamakan 'pelanduk dua serupa'..







Bagi pengunjung bawah umur, anda dinasihatkan mendapatkan bimbingan ibu bapa atau tidak digalakkan meneruskan pembacaan..





















Ariel dan Luna yang dilihat bersama2 baru2 ini!





Adakah anda dapat mengenal pasti adakah mereka Ariel dan Luna yang sebenarnya?

Thursday, July 1, 2010 pada pukul 12:21 PM , 1 Comment

Jom masuk kelas memandu





Semasa sedang sibuk menunggang kereta...



I: Along, P ni untuk apa?


A: P tu percubaan kot. sape baru dapat lesen pakai P la.


I: Kalau L untuk apa lak?


A: L tu latihan kot kalau tak silap. entah la.


I: Salah laaaaa....


A: ??




I: L untuk Lopek! P untuk...


A: Power!


AI: Hahahaha

pada pukul 11:42 AM , 0 Comments

Selamat tinggal kepada semua

010710

1002



saat2 terakhir...



Inilah permulaan kepada episod akhir aku di Tg Bin Power Plant. Setelah 12 minggu berada dalam carta, akhirnya aku ditendang keluar kerana tiada lagi undian yang memihak padaku. Sebelum aku ditendang keluar, aku dipaksa menulis report tentang bagaimana aku boleh kekal berada di sini dan apakah ramuan atau resipi kemenangan selama aku berada di sini. Aku juga dipaksa membentangkan pembentangan kertas kerja yang mana komposer terkenal, En. Azizi akan menilai bagaimana bentuk lagu yang aku bawakan. Mungkin tak selunak Hasbullah Awang, tapi apa yang aku ada aku persembahkan sebaik mungkin buat tatapan umum.


Mungkin ramai yang tertanya2, kenapa ambil masa lama sangat untuk update blog? Oh itu lah sebabnya. Kerja menulis report bukan kerja mudah. Lebih2 lagi bila anda menulis di komputer. Sepatutnya menaip. Menaip lebih mudah. Tapi menulis, oh…hanya tuhan saja yang tahu. Selama 2 minggu aku jarang sekali menghabiskan masa di site kerana kesibukan menaip. Juga merupakan FAKTOR utama adalah ketidakbolehan aku untuk memasuki BOILER. So dengan ini aku mula pasrah dan berjalan seorang diri di tepi pantai melihat bayang2 sendiri. Tiada harapan lagi untuk aku terus berharap dengan harapan Bersamamu TV3 akan datang untuk merekodkan kisah sedih aku di sini. Aku harap lepas aku post blog ni, diorang akan baca dan terus membuat liputan langsung eksklusif untuk mangsa yang tidak dapat masuk boiler seperti aku.


keadaan terakhir meja ini sebelum semuanya menjadi kemas semula..


Banyak kenangan pahit manis yang tak dapat dilupakan sepanjang tempoh latihan industri ini. Mungkin dengan EDP 6, aku akan kembali lagi ke sini untuk meneruskan sisa2 perjuangan di samping mengharapkan dapat masuk Boiler (Boiler lagi…).


Kepada kawan2 yang masih bekerja di sana, sila lah teruskan kerja dan jangan hanya tahu makan biskut di pantry atau makan nasi jagung di café kerana bos2 anda sentiasa memerhatikan kelibat anda. Elaklah bermain facebook secara tersorok dan mainlah secara terbuka dan dengan rasa bangga kerana bos2 anda juga mempunyai facebook. Mungkin mereka juga berminat untuk 'Add as friends' anda. Jangan tinggikan kerusi anda untuk menghalang orang lain melihat skrin komputer anda, sebaliknya tukarlah monitor anda kepada monitor tv saham kat lounge admin itu supaya semua orang boleh lihat apa yang anda buat dan secara tidak langsung bukankah itu membuatkan anda menjadi lebih popular?


Anda juga haruslah membaca surat khabar setiap pagi lebih2 lagi selepas morning meeting untuk mengetahui isu semasa yang berlaku. Jangan tahu skip morning meeting untuk bersarapan di café dan jangan hanya tahu lambat datang dengan alasan jalan banjir kerana bos anda tidak akan tertipu dengan helah2 tersebut. Sentiasa menegur bos setiap pagi agar mereka tahu anda bersedia melakukan kerja yang disuruh walaupun selepas itu anda ke komputer untuk bermain facebook. Inilah pesanan khidmat masyarakat dari aku berdasarkan pengalaman selama 12 tahun minggu di sini. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal hingga ke hari raya. Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa. Sebelum saya mengundur diri, dengarlah sebutir pantun dari saya:-



Buah keranji dalam perahu,

Gunung daik bercabang tiga,

Masak sebijik di atas peti,

Semoga kita berjumpa lagi!



Bon voyage~


pada pukul 10:24 AM , 0 Comments

Related Posts with Thumbnails