Daxer Xeraque the greatest archer

310510

1356


Selalunya budak2 mesti akan pakai nama gelaran kat internet. Rasanya semua orang ada kot nama gelaran. Macam aku.. Dulu aku suka gak pakai nama gelaran nih. Mungkin nampak lebih style atau lebih mystery bila orang tengok. Macam 'wow cool gila nama dia nih. Mesti orang nya pun cool jugak!'..Bila aku tengok post cuki tentang macamana dia boleh dapat gelaran mendelx tu, tiba2 aku pun rasa macam nak cerita sikit macamane aku boleh dapat gelaran2 yang aku guna selama ni. Walaupun cerita ni tak ada kena mengena dengan LI aku, tapi aku nak gak cerita. Haha


Kalau korang perhatikan, url aku sekarang mesti ada nickname xeraque. Contohnya facebook, friendster, dengan myspace. Even yahoo! pun aku ade email untuk xeraque gak.


Masa aku sekolah menengah dulu, orang kenal aku kat internet dengan nama Daxer. Pastu dah masuk universiti, orang kenal aku Xeraque lak. Kat forum atau kat friendster or mane2 lah, aku biasa taruk nickname camni jelah so nampak unik sket berbanding orang lain. Sebenarnya, dua2 nama ni aku dapat dalam waktu yang sama je. Cuma aku guna Daxer dulu sebab Xeraque tu kira nama belakang. Daxer tu firstname. Dua2 nickname ni aku reka masa aku nak main Ragnarok Online (RO).

Aku main RO ni time masa dia tengah free jer. Masa tu time promotion memang menarik giler ar. Aku pilih archer sebab dah besar nanti boleh dapat helang. Haha. Bila dah kena bayar tu memang tak main ar. Bak kata orang, habis madu sepah dibuang. Aku main ni pon kat umah member aku, Shakirin. Dulu umah aku mane ade internet. Kalau ada pun dial up je. Itupun kena berebut dengan line telefon. Kalau guna internet, tak boleh la orang nak call umah aku. So memang harapan ar nak online selalu. Masa aku nak register RO ni, dia suruh taruk username. Aku pun pikir2 la nama apa yang best untuk karakter aku sebagai pemanah berjaya ni di dalam game ni. Pastu tekan2 keyboard, keluar la nama Daxer tu. Pastu die suh taruk Lastname lak. Aku pun kreatif sangat masa ni, pergi la reka lagi satu nama. Disitulah terbitnya Xeraque. Masa tu aku ingat lagi pasword untuk account aku tu aku taruk 'jumaat' je sebab masa tu hari jumaat pastu aku memang dah takde idea lagi nak reka2 nih. Kira ok la tu. Mana orang nak tau aku nak taruk pasword aku 'jumaat' je. Haha


Macam tu lah macamane aku dapat nickname2 tu semua. Tapi sekarang ni aku macam malas lak nak pakai nickname lagi. Rasa macam bangga lak guna Asyraf Ridzuan sebagai nickname.


Lepasni aku ceritakan pulak macamane aku dapat email ym aku: dragon_sonneo

Monday, May 31, 2010 pada pukul 2:27 PM , 0 Comments

Survey kerja anda sekarang!

270510

1511


Sementara aku menunggu untuk naik ke CCR berjumpa dengan Mr. Sabri, aku macam tiba2 nak post sesuatu kat blog. Tapi sebenarnya tak ada idea sangat pon. Sebenarnya ada. Tapi aku dah tak ingat apa dia. Nak cerita pasal experience semalam ke eh? Apa yang best semalam.. jap aku pikir.


Owh ok. Semalam aku and acap ria ke CCR seperti biasa. Kali ni Mr. Sabri tunjuk macamana dia kira coal consumption, LFO consumption, energy generated dan termasuklah billing system. Yang selalu menarik perhatian, apa lagi kan kalau bukan duit. Ahha. So boleh katakan every week setiap unit boleh mengaut keuntungan sebanyak hampir RM25 Juta. Banyak kan? Itu baru untuk satu unit. Kat sini ada 3 unit. Walaupun satu unit mengalami proses outage, tetap akan dapat keuntungan tetapi tak lah sebanyak seperti biasa.

aku nak tunjuk tapi takut p&c la pula. so korang tengok bahagian atas cukup lah. hahaha


So aku agak teruja bila mendengar keuntungan yang seperti itu. Bila pula aku nak bukak company yang boleh untung sampai begitu sekali? Korang ada nak join venture tak? Haha.


Sekarang ni aku rasa aku nak buat soalan pastu aku jawab sendiri2. Agak2 macam style tak?

Ok kita mulakan.


  1. Lepas praktikal ni nak buat apa?

    Sambung belajar lagi setahun. Harap2 boleh dapatkan DL untuk cgpa.


  2. Dah habis belajar, nak kerja atau nak sambung?

    Ingat nak kerja dulu tapi masih teringin nak sambung sampai master. Phd dalam mimpi cukup.



  3. Kalau kerja nak kerja apa? Kat mana?

    Kat mana2 yang boleh kerja dan yang boleh menanggung kehidupan remaja seperti aku. Tapi kalau dapat, kerja di tempat praktikal ini pun dah cukup bagus.



  4. Apa benda yang menarik nak beli bila dah kerja?

    Robot. Kereta! Haha. Tak nak tumpang orang lagi. Nak bawak sendiri vroom vroom!


  5. Lepas kerja nak buat apa?

    Kasi stabil dulu pastu baru fikir rumahtangga. Ingat nak bukak bisnes sendiri bila ada cukup modal dalam simpanan.


  6. Perkara yang tak boleh tahan di tempat kerja?

    Belum kerja lagi. Tapi rasanya bila ada orang lain tak puas hati dengan kerja kita. Panas weh buat kerja penat2 tapi tak dihargai! (apahal ko tiba2 emo woi?) haha


  7. Pekerjaan yang diidamkan?

    CEO yang rajin tolong orang susah. Orang kat atas kenalah ingat orang bawah. Macamana ko nak naik atas selagi ko tak ada kat bawah dulu sebelum tu?


  8. Nak kerja sampai bila?

    Sampai tak ada kerja.


  9. Bila waktu sesuai nak naik gaji?

    Esok. Haha. Bila aku rasa gaji yang dibayar tak setimpal dengan kerja yang dibuat.


  10. Akhir sekali, Motto kerja anda?

    "Kerja lah sehingga tak sempat nak korek hidung" – ni motto waktu aku belajar kat sekolah menengah dulu. Fresh lagi kot untuk pakai waktu kerja. Oyeah!




Korang pun boleh tanya soalan macam ni jugak kat diri sendiri. Pastu tag aku kat blog korang. Hoho

Ini saja soalan berdasarkan kerja. Nanti aku buat survey pasal benda lain pulak. Actually aku tak sempat siapkan soalan ni pon sebelum aku naik CCR tadi. Terpaksa berenti jap, settle kerja locker audit dulu, pastu baru sambung balik.


P/S: Esok cuti Oyeahhhhhh yeahh yeahhhhh!

Thursday, May 27, 2010 pada pukul 4:55 PM , 2 Comments

Orang macam Arang tapi kuat macam Badang

260510

1011


Hai semua..bersama saya lagi, dj anda pada pagi ini..jangan terkejut bila anda dengar suara ini kerana saya bukannya bercakap dan juga menulis tetapi hanya cuma menaip dan menekan butang keyboard..


Untuk hari semalam iaitu hari selasa, aku rasa tak ada apa sangat untuk disharekan pada pengunjung2 semua. Mr. Sabri cuma bagi aku selesaikan change over schedule yang dia sedang buat untuk tahun ini punya. Dia dah buat sampai May. So aku and acap ria akan selesaikan dari June sampai December. So ini contoh nya. Nak tunjuk lebih2 tak boleh due to confidential reason.


Okay memandangkan aku sangat baik hati sekarang, aku ingat nak ajar serba sedikit tentang coal fired power plant atau khususnya Tanjung Bin
Power Plant. Pertama2 sekali, plant ini menggunakan coal sebagai main fuel dia untuk dihantar ke boiler sebagai bahan bakar untuk mendidihkan air menjadi steam dan kemudiannya steam itu akan dihantar ke steam turbine lalu memutarkan turbine itu untuk menggerakkan generator yang seterusnya menghasilkan arus elektrik. Disini ada 3 unit yang boleh menghasilkan maximum of 700MW setiap unit.


Sekarang dah dapat gambaran?

Okay kita pergi pula ke coal fired power plant (CFPP) overview. Ini adalah gambaran secara ringkas untuk TgBin punya overview system.


Mari kita mulakan dari belah kiri bawah. Nampak tak gambar kapal di atas laut yang sangat biru walaupun kat sini laut dia tak la biru sangat macam dalam gambar tu? Dari situlah mulanya perjalanan coal atau bak kata pepatah lama 'menconteng arang di muka pak abu'. Haa macam tu lah rasanya bila arang itu di colet sedikit di muka sendiri. Coal atau arang ini dibawa dari merata tempat seperti dari Indonesia, China, Afrika, Australia dan lain2. Dari kapal tersebut, coal akan disedut menggunakan Coal Unloader (CUL) seperti yang aku pernah ceritakan di post aku di sini.


Coal Unloader


Dari CUL, coal akan melalui conveyor dan akan sampai ke coal yard. Di sini lah tempat penyimpanan coal yang paling besar iaitu dengan kapasiti melebihi 1juta tan.

Beginilah rupa conveyor belt




Coal yard


Dari sini, Stacker Reclaimer (S/R) akan melakukan tugas nya untuk reclaim coal dari coal yard dan membawa nya ke Crusher House atau nama lainnya adalah rumah penapis arang (ni aku bagi nama sendiri je ni). Dari sini coal yang bersaiz lebih dari 50mm diameter akan tersangkut dan tidak boleh meneruskan perjalanan manakala selebihnya akan dibawa menaiki conveyor setinggi 12 tingkat untuk dibawa masuk ke Bunker House. Di dalam Bunker House, terdapat seekor anak sedara Megatron yang dipanggil Tripper Car.Tugas Tripper Car adalah untuk mengagihkan coal2 yang dibawa naik untuk dimasukkan ke dalam bunker-bunker yang telah berdiri utuh dari dulu sampai sekarang.

Tripper Car


Setiap unit mempunyai 5 bunker dan ini bermakna jumlah bunker adalah 15 kesemuanya. Bunker adalah tempat penyimpanan coal yang kedua besar sebelum ianya di hancurkan oleh Mill Pulveriser.



Mill Pulveriser


Sebelum itu, Coal harus melalui coal gate (bukan colgate) dan selepas itu melalui coal feeder.

Coal Feeder


Di Mill Pulveriser, coal dihancurkan oleh gabungan roda dan rotating table yang bertindak sebagai agen pemusnah coal.Coal yang tidak boleh dihancurkan akan memasuki pyrite hopper dan seterusnya akan ditembak oleh hydroejector ke Bottom Ash (BA) bin sebelum dimasukkan ke dalam Ash Pond.

Pyrite Hopper


Coal yang hancur di dalam Mill seterusnya akan dibantu oleh Primary Air (PA) Fan untuk dibawa naik ke atas dan seterusnya memasuki boiler. Setiap Mill mempunyai 6 laluan pulverized coal. Begitulah sedikit sebanyak bagaimana perjalanan coal di dalam plant ini. Sampai sini sahaja pembelajaran kita kali ini..Nanti aku akan share lagi apa yang patut aku sharekan..Harap korang tak boring la baca pasal coal ni sebab aku sendiri pon bosan sebenarnya tulis benda ni. Hahahaha


Selamat Jalan dan Jumpa lagi!




Wednesday, May 26, 2010 pada pukul 11:56 AM , 2 Comments

Kecilkan mata, luaskan minda.

250510

1025


Kata mula:

Hai semua…apa khabar anda di sana? Saya harap anda semua baik2 belaka! Ahaa jika anda gembira saya pun akan gembira..


Pagi yang ceria ini..mari kita semua tarik nafas dalam2 dan hembuskan pelan2..kita mulakan yea…satu…………..dua…….dua lagi….


Ahhh. Skema pulak rasanya tulis camni. Bila nak jadi power nya kalau asyik camni je. Haha


So kita mulakan report mingguan pada minggu ini:


Isnin:

Bak kata simpulan bahasa, Monday blues..begitulah jugak yang terjadi pada aku. Terasa macam kejapnya cuti. Ditambah lagi dengan kejayaan Griffin menewaskan pihak musuh pada perlawanan pertama, aku tersangat impressed! dengan keimprove-an kami berbanding season lepas. Walaupun aku bermain kurang baik, aku akan cuba improve dari semasa ke semasa. Aku pun takleh nak improve sangat kat sini sebab terikat dengan waktu kerja. Nak joging malam, takut lak rasa lalu tepi kelapa sawit tuh.

Ok. Cukup sampai situ. Kita beralih ke bahagian kerja pula. Jap eh aku pikir jap ape aku wat semalam…korang tolong fikirkan sama2 jugak. Bak kata pepatah, two brain is better than one. Tapi kalau lagi satu tu brain damage, korang tanggung sendiri ar akibatnya.


Ok semalam aku macam biasa, pagi ada meeting dengan pihak operasi. Selepas itu, aku tanya Mr. Amin dia ada nak pegi mana2 tak hari ni? Lalu dia pun menjawab, "oh tidak. Aku harini ada assesment dengan encik lan wahai budak power", (sila abaikan metafora yang melampau2 itu). Lalu aku pun berjalan pulang ke admin dengan langkah yang sangat pantas bukan sebab semangat aku sedang berkobar2, tapi sebab aku nak ajak faiz ayam bersarapan di café. Aku rasa dah banyak kali dah asyik citer pasal makan je, aku dah naik boring dah. Patutla stamina takde, makan je keje. Faiz ayam ar ni nye pasal!!!


Kita skip pasal makan, seterusnya aku meneruskan kerja2 ECC yang diserahkan kepadaku oleh Mr. Sabri atau lebih dikenali sebagai Mr. So Far (jangan marah ye. Hehe). Benda dah nak siap cuma tinggal nak touchup2 sket je lagi. Oh, aku tak pernah pun post kerja aku kat sini kan? Dari project vacuum cleaner sampai ECC ni aku tak update apa2 pun disini. Tapi aku rasa tak payah kot. Korang pun bukan leh tolong aku pon kalau aku tunjuk kat sini. Haha


Petang tu, aku dan ria berjalan kaki ke unit 10 sedangkan si faiz dan si razi meronggeng motor ke sana kerana mereka sangat ayam. Kami pun seperti biasa lah, port aku ngan faiz: soot blower. Dah takde tempat lain kot nak pergi. Asyik situ jugak port lepak. (Nota: projek faiz yang diberi oleh abgnya iaitu CJB adalah berkaitan dengan soot blower). Ada la rezeki aritu dapat tengok dia run lagi. Kali ni kat SB 9R. Agak2 dah tak tau nak buat apa dah kat situ, kami pon nak masuk la ke turbine building. Sekali terserempak pula dengan 4 orang lagi iaitu Fadli, Ijat, Zaki dengan Aqeel Hayy. Dorang pun saja jalan2 amik angin turbine kejap bak kata diorang. Mungkin dorang dah penat amik angin coal tu yang sampai ke turbine pun sanggup tu. Haha. Kesian..kelas under Mr. Tukimin pon dorang tak masuk lagi. Tapi tak apa lah. Sebagai BSTP (budak skema tapi power), aku pun ceritakan la serba sedikit berkaitan main plant ni. Apa yang aku tahu jelah. Yang aku tak tahu tapi buat2 tahu pun ada jugak. So korang kena jaga2 gak ar dengan skill aku yang tak seberapa ni.



ini lah dia al razi ayam atau lebih dikenali sebagai budak-praktikal-paling-lama-kat-sini-tapi-banyak-duduk-ofis. hahaha


aku sengaja lekatkan soot blower kat kepala supaya aku akan lebih feel bila soot blower tu sedang running.


gaya dah ada. tapi sayang, photographer dia tersangat noob.kakhkhahakah




tercapai jugak impian aku nak menetap di japan! from japan with love....




aik apahal budak dua orang ni pon ada sekali nih? sebok siotttt


Dan yang terakhir sekali, aku tak sangka pulak aku rajin tulis blog harian kali ni. Dah lama aku tak tulis day by day, sejak first week aritu (semua orang camtu kot). Dah buang tebiat ke aku ni? Ke buang angin tanpa disedari oleh budak sebelah disebabkan aircond admin yang terlampau kuat menerbangkan angin itu ke arah chimney? Semuanya kini menjadi persoalan yang tak mungkin terjawab..


Esok aku akan kembali dengan cerita yang lebih panas.. stay tune and….so long and goodnight..so long and goodnight…………..

Tuesday, May 25, 2010 pada pukul 10:57 AM , 0 Comments

Hagemaru vs Kiteretsu. Siapa yang menang?

190510

1631


Isnin:

Seperti biasa, pagi ada morning meeting kat boiler meeting room. Boiler dan ash bergabung tenaga menjadi Gotrunks. Selepas meeting, bersarapan bersama Mr. Faiz da ayam man dekat café. Ingat lepas tu nak ikut Mr. Peter tapi tengok gaya pagi ni macam tak ada apa sangat. So dengan langkah yang layu naik la office balik. Petang tu selepas lunch, tiba2 kami dikejutkan dengan berita ngeri. En Azizi suh kami bergegas sebab……'Mak, tadikan ada kemalangan. Habis semua botol sos tumpah atas jalan'…'kemalangan? Botol sos? Alonggg!'…oh ini cuma iklan sejenak. En Azizi berkata dah tiba masanya kami tukar section. Lalu dia pun menyuruh En Tukimin membawa kami ke Operation section pula. Oh apakah itu?? Adakah seperti operation room di hospital. Ah takutnya! Takut wak luuu…itu hospital. Bukan power plant.


Sesampainya kami di Central Control Room (CCR), kami diperkenalkan dengan Mr. Sabri iaitu Mentor kami untuk baki sebulan setengah lagi. Tapi kami tak akan lupa jasa dan pengorbanan En Saiful yang bersusah payah bersama kami walaupun bila kami datang pejabat dia, dia selalu tak ada dalam office, dan kami akan keep on datang ke office dia, dan dia tetap tak ada, tapi kami respek sama dia! Hoho. Setelah selesai diperkenalkan diri yang jahil ini kepada semua staff disana, kami pun berangkat pulang. Kami akan diberi tugasan mulai esok dan projek ini adalah kerjasama Grand Brilliance En Sabri dan Jas EDP 4. So kitorang ni kira cikai2 masuk bawah dorg la. Mintak tunjuk ajar sifu!


Selasa:


Pertama kali masuk operation punya meeting. Meeting dia lagi sempoi sebab boleh kata sekejap berbanding ash punya meeting. Diketuai oleh Mr. Lan Sukaimy yang tersangat2 berpengalaman dan juga sempoi. Tabik spring bai! Haha. Hari ni baru dapat discuss project dengan Mr. Sabri dan Mr. Jas. Aku and ria kena sambung buat Engineering Change Control (ECC) untuk 5 tempat:

  • Safety barrier dekat bawah condenser (DONE)
  • Condenser Tube Ball Cleaning (CTC) material pipe yang sudah karat
  • Main Cooling Water (MCW) safety valve punya cover protection
  • Lube oil platform di bawah Mill
  • Emergency Diesel Generator (EDG) additional ladder

Semua ini dah buat half way cuma kami ditugaskan untuk sambungkan sampai habis. Next project, applying 5S untuk Central Control Room (CCR).


Rabu:


Macam biasa. Meeting selalu.

Pagi tu, aku and ria keluar pergi tempat2 semalam untuk amik gambar. Sebenarnya dah ada dah gambar2 tu tapi ada dalam camera Mr. Sabri. Memandangkan saja nak jalan2 lagi, pergila jugak amik gambar kat sana. Panas panas balik terus lentok café. Petang tu pulak, layan photoimpact kat depan laptop. Petang tu mintak pendapat Mr. Sabri, dia cakap kasi detail skek lagi. Tiba-tiba terasa macam artist yang sedang lukis potret wajah kat tempat orang lalu lalang depan CM. tak apa. Power punya pasal, anything possible!


Khamis:

Meeting lagi la ni. Tiba2 alarm berbunyi. Kesemua staff terus membuat kerja masing2. Eh tak ada meeting pulak?

Biar betik. Aku dah terasa gugup mendengar persoalan itu. Tak mungkin la harini takde defect langsung? Cemerlang betul staff harini!


Setelah diketuk kepala beberapa kali, rupanya memang ada meeting seperti biasa. Persoalan di atas tidak timbul secara realiti dan ianya cuma berlaku secara fantasi dengan alasan aku nak panjang kan sikit post aku kali ini. Bijak tak?


Selepas meeting, aku dan ria cuba mem-follow bontot Mr. Amin dan Mr. Wan. Nampaknya mereka sedang merancang sesuatu. Kami teruskan lagi mem-follow. Lalu mereka mengajak kami untuk mengikut bersama-sama mereka ke Unit 1 untuk mencatit reading2 yang terletak di dalam unit tersebut. Bermula di tingkat 16, tempat di mana J.W.W Birch mati dibunuh ketika sedang mandi, itu bukan lah tempat yang kami ingin tujui. Tetapi disinilah terletaknya steam drum yang mengandungi campuran air dan steam yang bercampur seperti nasi campur pabila sampai waktu tengahari. Dari situ, kami turun secara gradually (macam graf T-S diagram) ke bawah. Satu tingkat demi satu tingkat. Akhirnya sampai lah ke bawah di bahagian Mill. Setelah kesemua bacaan selesai, mereka melaporkan semuanya itu ke Mohd Radzi yang lebih enak dipanggil Radzi The Mentalist.


Kenapa Mr. Radzi mendapat gelaran sebegitu rupa?


Ini adalah kerana, setelah genap 12 minit kami berkenalan dengan beliau, kami telah diajukan dengan soalan2 yang sangat psycho sehingga psychiatrist pun terkelu lidah untuk menjawab. Pertama, kami ditanya 'mengapa di dalam boiler mesti dalam keadaan vacuum?' dan apabila kami menjawab, beliau pasti akan respon 'betul ke?' atau 'Pasti?' atau 'yeke?' atau 'camtu eh?' sehingga sesuatu jawapan yang dianggap pasti sudah tidak lagi menjadi kepastian kepada kami yang ketandusan idea dan ilmu.


Soalan kedua pula adalah berkaitan dengan 'Kenapa kena ada WTP dalam sesuatu plant?'. Kalau difikirkan, tentulah anda boleh menghentam sesuka hati anda dan menjawab dengan logik akal. Tetapi tidak jika anda bersemuka dengan The Mentalist. Dia akan pastikan anda menjawab secara tepat dan saintifik sambil diselitkan ayat sinis seperti 'eh camane budak uniten takleh jawab ni, aku poli je dulu' dan 'kata belajar thermo takkan takleh jawab'.


Selepas itu, kami terus diajukan soalan kali ini berkaitan dengan rankine cycle pula. Jangan terkejut jika aku katakan soalannya lebih susah dari soalan final exam thermo II dalam dewan sri saujana yang sejuk tu. Kesimpulan dari soalan2 yang diberikan, aku dapat menyegarkan semula otak yang sudah layu dek hembusan aircond didalam admin sambil mendalami ilmu hitam power plant yang selama ini amat diperlukan oleh bomoh2 moden zaman sekarang. Persoalannya, sampai bilakah ingatan ini akan bertahan?...Mungkinkah sampai syurga? Tepuk dada kuat-kuat (kecuali jika anda seorang perempuan) dan tanya medan selera.


Jumaat:

Hari yang paling mendebarkan. Setiap kali hari ini datang, aku mesti tertanya-tanya… korang rasa apa yang aku tertanya2 itu?


Mungkin korang juga akan rasakan sedemikian..


Cuba sama2 kita hayati..apa sebabnya harini membuatkan kita selalu ada perasaan ingin tahu yang lebih mendalam dari hari2 lain..


Dah tahu?


Apa dia?


Mengikut hati aku, aku selalu tertanya-tanya apakah yang akan disediakan oleh pihak café untuk lunch nanti. Selalunya akan ada hidangan special yang sedia menanti seperti nasi ayam, nasi tomato atau nasi beriyani..Ok kita beralih sebentar pada pagi ini.

Pagi ini selepas meeting, aku dan ria a.k.a trainee yang tinggal dalam operation telah didatangi oleh Mr. Kopli iaitu O&M Specialist operation untuk TgBin. Beliau ini boleh lah dikatakan sebagai Mr. Jane dalam The Mentalist merangkap ketua Mr. Radzi The Mentalist wannabe. So sekarang ni aku rank The Mentalist adalah Mr. Kopli manakala Mr. Radzi adalah wannabe beliau. Buat kali ke-2 berturut-turut kami ditanya tentang soalan yang boleh membuatkan mata berpinar-pinar seperti spinning gasing.


Soalan Pertama:

TM: Kenapa setiap mill berbeza peratusan coal nya? Kenapa ada Arutmin + Nato? Kenapa ada 60+40? Kenapa 65+35?

Aku: Sebab ada yang bituminous dan sub-b kot…

TM: haa apa dia bituminous tu?

Aku: aaaaa….arang yang berkilat2 tu…

TM: Gelak sinis sambil berkata 'haish engineer mana boleh jawab macam tu'

Aku: (aku baru je tau benda ni dalam Mr. Tukimin punya kelas aritu. T_T sob3)


Ini adalah soalan permulaan kepada lebihan soalan psycho yang aku perlu jawab.


Kini aku menyesal tidak membawa sekali buku Thermo yang telah usang diliputi sawang selepas tamatnya exam thermo II dua sem lepas.

Tapi soalan2 sebeigini telah mengajar ku erti persahabatan kehidupan sebagai seorang engineer yang berjiwa sejati. Aku akan berazam untuk belajar dengan gigih dan tidak dengan hanya menulis di blog untuk menjadi gigih tetapi tidak, aku akan pastikan aku bangkit dari tidur seperti aku mengharapkan Malaysia bangkit pada piala Thomas akan datang!


Ok kita kembali semula ke bahagian lunch..Sesampainya aku di café, aku terlihat nota yang bertulis 'nasi beringin RM 5.50'..aku pun berangin ar. Belum amik lauk dah set harga dah? Ini sudah lebih ni mat. Tapi memang patut pon kena harga tu sebab lauk dia cukup untuk menggemukkan kambing laut yang mati akibat banjir di laut sulawesi.

Petang ni, aku akan mengikut sang ayam dan pengikut2nya berkhemah di bahagian soot blower. Kalau ada rezeki, aku akan rakam macamane soot blower ini berfungsi dan masukkan di dalam presentation aku nanti. Nantikannya di pawagam berhampiran anda!


ni lah soot blower. tapi ni dari dekat. sebenarnya panjang lagi ni.


Friday, May 21, 2010 pada pukul 2:27 PM , 5 Comments

Fly Ash Silo

140510

1649


Jumaat:

Awal pagi pg morning meeting bawah ash & common campur boiler skali. First time try nak catit sumer defect atas whiteboard tu. Boleh tahan banyak defect2 utk ash ni. Tapi memang kat sini ash section paling banyak maintenance. Lepas tu follow Mr. Peter ke FA Silo B. Kali ni dia pnye corong ash tu lak senget. So kena betulkan balik jadi lurus. Lepas solat jumaat, pergi WTP kejap tapi tak jadi sebab dorang nak teruskan kerja kat silo dulu. So meronggeng bersama faiz (ayam) ke coal yard dan ash pond. Jumpa plak otai lama, mike. Otai duduk coal yard tu!

telescopic yang senget.

peter khoo dibantu oleh anak buahnya cuba membetulkan telescopic yang senget itu.

tengah jalan2, nampak coal terbakar. turun jap, snap pic pastu cabut. hoho


Sebaik sampai di silo, dorang nak bukak hopper yang kat bawah tu dulu. Tapi disebabkan ada balance ash yang masih tinggal dalam tank, tak jadi bukak. Kali ni nak bukak dari atas plak. So naik la 8 tingkat menara silo tu. Memang penat caharam gak ar. Tapi bila dah sampai atas angin sepoi2 bahasa melayu membuatkan penat tadi hilang. Pemandangan pun agak cun kat sini. Dorang longgarkan skru untuk man hole. Seterusnya, tunggu arahan orang atasan. Kitorang pun turun balik ar pegi pantry cari air oren nyum nyum!

berlatarbelakangkan emission stack di atas FA Silo.





tukar background plak jadi boiler. model tetap sama.


Petang ni balik KL!oyeah~

Friday, May 14, 2010 pada pukul 5:00 PM , 0 Comments

Teknokrat tu apa?

130510

1338


Report utk minggu ni.


Isnin:

Ikut technician C&I pergi cek signal yang ade error kat Mill E unit 30. Kena tukar terminal block dgn 2 wayar baru. Lepastu elok dah.

jangan ingat kitorang tengok longkang kosong gitu jer. dalam tu ada orang tengah repair signal transmitter.




dari sini leh detect ada signal tak kat bawah tu. jumlah semua proximity limitswitch ada 8.kumpulkan kesemuanya sekarang selagi stok masih ada!


Petang tu gi ikut amin the technician masterpiece pergi usha Water Treatment Plant.

ni lah Water Treatment Plant (WTP). didalamnya ada AC Filter, Cation Exchanger, Degasifier, Anion Exchanger dan Mixed Bed atau lebih dikenali sebagai 2B3T.


ni retention basin. bersebelahan dengan WTP.


ni plak takde kena mengena langsung dengan WTP. tapi ni lah tempat outlet cooling water untuk condenser. aku suka gi sini sebab rasa cam nak mandi je air terjun neh.


Pastu pergi ke Coal Unloader (CUL) plak. Jalan kaki je. Memang otai abes. Dah sampai CUL, dapat plak peluang naik atas tengok dorg repair shaft/bearing utk CUL 10. Gayat dol naik atas tu. Jatuh tu memang selamat tinggal dunia lah nampaknya.

Panjang citernye kenapa kitorang sanggup jalan kaki ke sini. sampai security pon naik pelik awat la budak2 ni tak naik kete atau motor ke kesini. hahaha



ini bucket untuk Coal Unloader (CUL) 10.


ini lah dia CUL. kiri tu CUL10. yang sebelah dia plak CUL20. tapi CUL10 tengah rosak skang. bearing/shaft die dah pecah. kesian..


bergambar bersama tdp paling otai, Mr. Amin

nampak cam TRANSFORMERS nye robot seyyyy.


kat situlah tempatnya shaft/bearing yang pecah tu. kami akan ke sana untuk menyiasat apa yang berlaku.


Posing sket atas CUL.

kapal ni dari china kalau dilihat pada nama nya.

setelah selesai process claiming coal dari kapal.

pemandangan TBPP dari CUL.


sebelum balik, sempat bergambar bersama faiz ayam sebab takut nak naik CUL. boooo


Selasa:

Follow Suhaili the hensemest technician pergi Mill pyrite A unit 20. Gantikan rubber yang dah loose dengan yang baru. Petang tu duk office dan melanguk. Haha

itc technician sedang menggantikan rubber yang telah loose di dalam pit pyrite hopper.


Rabu:

Follow Mr. Peter Khoo the Kane wannabe pergi Fly Ash Silo. FA Silo B ada choke. So kena bukak chute dan ketuk supaya batu besar yang melekat dalam tu jatuh dan jeng jeng jeng. Berdebu gila dalam tu. Tak tahan. Dorang belum abis wat keje lagi aku dah balik admin dulu dah. Dengan habuk cam Masked Rider baru turun dari motornya dan berjalan ke depan untuk bertemu musuh, aku sanggup bila benda tu terjadi di televisyen sahaja.


kena bukak chute ni sebab dah choke dek penangan fluidizing stone di dalamnya.

tersangat lah panas dan berdebunya didalam Fly Ash silo ini.

lori dari LaFarge sebok menloading ash ke dalam tangkinya.


Khamis:

Follow ITC Technician, Mr. Salahuddin the jaguh segala jaguh pergi tukar valve baru kat hydroejector pump untuk Mill pyrite A unit 20. Di samping itu, betulkan kebocoran yang berlaku untuk Flush valve pada tempat yang sama. Kerja ini adalah gabungan bersama Ash dan C&I disebabkan di valve itupun ada signal transmitter juga.

para-para sakura sedang membuka inlet valve yang lama untuk digantikan dengan yang baru.


valve lama yang dah leak.





valve baru untuk unit2A.


Lepastu bersama2 Faiz the ayam man dan Ijat the banyak-awek-tapi-semuanya-bukan-awek-sebenar pergi naik ke level 16 untuk usha steam drum. Dalam pada itu juga, usha sekali soot blower dan downcomer di level 14.


Utk petang ni… Klu rajin aku tulis. Taip pun boleh~


*gambar akan diupload jika aku membeli charger baru utk hp sony ku yang sudah rosak. Sob3

*updated: gambar sudah diupload.

Thursday, May 13, 2010 pada pukul 1:53 PM , 0 Comments

Related Posts with Thumbnails