Tiga budak hitam, kencing dalam kolam, satu jatuh tersembam, tinggal lah enam.

030510

1616



pokok depan rumah sewa


 

Minggu lepas budak2 dari UTM datang intern kat sini. 3 orang semuanya. Ade sorang engineer mechi pun baru masuk. Ex uniten gak. Makin bertambah la budak uniten kat sini. Dah cam gathering lak rasa. Last week bz gila dengan sport carnival punya persiapan. Diawasi oleh Mr. bos a.k.a En Rhahimi, kitorang ditugaskan melakar map untuk event tu nanti. Abis kluar la skill2 melukis menggunakan computer ni walaupun entah ada atau tidak skill itu, itu yang kita tak tahu. Entah hari apa aku tak ingat, hari rabu kot kalau tak silap, dapat gi join usha2 site ngan budak2 baru. Budak2 ini terdiri daripada Zaki, Ijat dengan Nadia. Makin bertambah lah gang praktikal yang buat havoc kat sini. Hoho. Kali ni, jalan2 pegi ke bahagian coal plak. Selama aku duk sini, tak penah lagi pergi coal nye tempat. Asik duk admin je. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan. Duduk admin kesejukan, dalam kepala asyik berangan. Keluar sebentar mencari rambutan, apa yang dapat arang di tangan. Ni lah pantun budak2 coal kat sini. Padahal aku men reka je nih.



journey to the west

coal conveyer

berdebu giler dalam ni. tapak kasut pun leh nampak jelas. walawehhh

Coal punya CCR

Coal yard dari dekat

aku nak tunjuk gambar pulau stesen minyak jauh sana tu, bukan tank bomba merah ni

inilah dia tempat cooling water kembali ke pangkal jalannya

niagara falls.ahha

menjenguk site pada waktu tengahari memang menempah maut. panaih babeng!



 


 

Okay berbalik kepada projek pyrite cleaner yang masih lagi dalam proses, kitorang dah sampai di kemuncaknya di mana aku dah tak tahan nak menelaah projek ni lagi neh. Bosan seyyy. Teringin lak nak kerja2 kat site. Tapi nanti bila dah penat kat site, mesti teringin lak nak wat projek camni balik. Ni lah manusia. Diberi paha, nak betis. Menolak rezeki betul. Ok. Aritu dah meeting dengan En Saiful. Design dah ada tapi kena re-design sebab design yang sekarang ni telah memusykilkan kami bertiga tentang bagaimana caranya device ini menyedut pyrite & waste yang terletak di dalam pit. So aku kena wat research semula berkaitan ni, dan adjust design dalam gun tu supaya ianya diterima oleh logik akal dan berbuktikan kajian saintifik. Overall, benda dah hampir siap. Safety procedure pun dah masukkan. Material pun dah cari. So ibarat macam dah di hujung2 penamat da projek ni. Harap2 lepas ni dapat kerja yang banyak kat site lak. Tapi jangan banyak sangat. Sikit sangat pun jangan. Biar sedang-sedang. Bak kata iwan, yang sedang-sedang saja.


 

Jumaat aritu, dah berlangsung nya Malakoff Sports Carnival. Selama 2 hari 2 malam acara ini berlangsung dan ianya boleh lah dikatakan mendapat sambutan hangat dari seluruh pelusuk tanah air. Nanti aku update kan kisah ini di post yang berikutnya…

Monday, May 3, 2010 pada pukul 4:38 PM

0 Comments to "Tiga budak hitam, kencing dalam kolam, satu jatuh tersembam, tinggal lah enam."

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails