Trip trap in an island

250410

0952


 

Selasa

Pagi kerja macam biasa. Training dah abis. So kembali semula ke cubicle. Siapkan log book yang dah lama tertangguh. Petang tu, kitorang join seminar dari Pusat Tenaga Malaysia (PTM). Dorang datang dari bangi present pasal CO2 emission untuk energy sector. Untuk coal fired power plant, memang banyak akan kuarkan CO2. Disebabkan itu, kena la design new technology untuk mengatasi masalah ni. Seronok tengok otai2 bincang. Lagi seronok sebab dapat makan kuih melaka sambil dengar dorang potpet. Haha. Seminar ni dijalankan di Board Room bersebelahan bilik finance department.


 

Rabu

Abg Rhahimi approach aku ngan ria. Cakap ade job untuk kitorang regarding sport carnival yang bakal berlangsung. Dia suh kitorang sediakan peta untuk ke tempat event. Yeah! Ponteng keje lagi. Kitorang pun cari base map kat mr. google. Dah dapat tu kena la wat sendiri map macam kenduri kawen nye style. Seronok gak dapat join committee ni. Harap2 dapat la baju tshirt ke ape ke. Weehoo. Malam tu, gi men futsal seperti biasa. Memandangkan ria tak main sebab kasut dia koyak, so dia tolong la amik gambar sekitar permainan berlangsung. Seronok men ngan dorang ni. Tak tension2. Ni lah namanya merelease kan tension di dalam jaring.


selipar yang ditinggalkan setelah berjumpa kasut

Meriah-meriah

Man Utd vs Kedah

Owen main futsal rupanya



 

Khamis

Pagi tu aku cuba siapkan safety procedure untuk projek kami. Around 80% dah siap. Harap by next week dah boleh present. Mungkin kami pun akan bertukar department lepas ni. Sebab under ash handling sepatutnya sebulan saja. Tapi sebab aritu ade training, so tambah la seminggu lagi. Sekejap je rasa dah sebulan dah. Kenal section head pun tak berapa mendalam lagi. Hoh.

Petang lak ada meeting dengan committee sport carnival. Macam2 la merepek perbincangan dalam tu untuk memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau tak silap, inilah kali pertama TBPP jadi tuan rumah. So ramai mata2 yang akan memandang dan mengenyit jika ianya nampak seperti tidak kena. Jangan risau bos, kami akan siapkan apa yang perlu kami siapkan supaya ianya siap sebelum bos suruh kami siapkan apa yang belum siap.


 

Jumaat

Abg Rhahimi ajak gi pusing JB untuk survey map. Yeah! Pagi lagi dah gerak. Naik kembara company nyer. Nanti time carnival next week, aku la yang akan jd driver untuk kembara nih. Hoho. Company bagi 2 kembara and 1 van untuk bawak orang yang tertinggal bas jika ada. Kalau tak ada, company suh pergi danga city mall main bowling tengok wayang dan makan mcd megamac. Hahaha

First stop, UTM. Masuk dalam UTM, usha Scholar Inn tempat penginapan para atlit dari site2 lain dan mungkin juga penginapan untuk aku dan ria sepanjang carnival. Lepastu tengok Kompleks Sukan, Tennis court, padang utama dan dewan dinner. Malam sabtu nanti akan ada dinner untuk upacara pemujaan bagi hadiah untuk para pemenang.


Piala dari UNITEN kat kompleks sukan UTM. tapi taktau untuk apa.

After UTM, gerak ke Taman U untuk usha Sport & Recreation Club (SRC). Tempat berlangsungnya acara badminton. Ada kolam renang. Boleh mandi nanti! Pastu gerak ke Nusa jaya untuk acara cycling. Tempat nya baru nak membangun dan dorang buat lebih kurang macam Putrajaya. Nanti bila dah siap semua pejabat kerajaan akan pindah ke sini. Lengang la sket JB nanti. Huhu. Solat jumaat kat Masjid Abu Bakar, pastu makan nthen terus balik ke TBPP. Balik tu aku yang drive. Yeahh. Pasni leh aku wat drift pakai kembara dan namakannya kembarasasayangsayangeh.


on d way ke Nusajaya


Pemandangan di Nusajaya. Masih banyak lagi yang belum siap ni. Tapi agak lawa lebih kurang cam Putrajaya


 


 

Sekian laporan untuk minggu ini. Sila jumpa lagi.

Sunday, April 25, 2010 pada pukul 10:18 AM , 0 Comments

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/asyrafridzuan

Thursday, April 22, 2010 pada pukul 9:15 AM , 0 Comments

Kedai gambar hangus terbakar

200410

1500


*Peringatan: Post ini mengandungi kandungan gambar yang sangat tinggi. Tidak digalakkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dan ibu mengandung.


Semalam kitorang ada site visit sebelum En Tukimin berangkat ke kl sebab ada program. Actually, tak abis lagi pun training ni sebab banyak lagi yang kena cover. Dia kata maybe dia akan panggil kitorang balik lepas ni untuk abiskan apa yang tertinggal. Maybe amik masa dalam 2-3 hari.



En tukimin sedang mengajar macamana nak jadi power macam dia

Awal pagi tu, masuk bahagian steam turbine. Abiskan sampai tenghari. Then lepas tu terus gi lunch. After kenyang, baru lah kitorang berangkat pusing2 town.



sape punya ear muff la tu. aku main rembat je. hahaha

ni nama dia pengangkat sampah a.k.a pengangkat ikan atau buaya yang boleh juga tersangkut


tengok tu. obor2 pun boleh sangkut gak.

ramai2 usha band screen tengok hasil tangkapan hari ni

Transformers. dari kiri ke kanan: untuk backside ke generator, untuk kegunaan sendiri, untuk anto ke TNB

mari bergambar depan transformer. lagi dekat lagi bagus!

LP Heaters

gland steam condenser a.k.a preheater

rahim berposing di HP heaters

cooling water pump

besar 'oo mak aii' pipe die. taruk kat sunway lagoon ok jugak ni

booster pump

condenser.besar sgt la nak tunjuk body die

masuk CEP dlu sebelum pergi ke GSC

mickey mouse!

turbine nak meletup!

dapat bergambar bersama artis baru popular, mike

Coal yard scenery. kalah stadium dia nye besar

Fly Ash Silo untuk di hantar ke La Farge

Junction Tower yang paling besar dan paling tinggi iaitu JT10

Coal Feeder

Coal Bunker

Burner B3 Unit 1

Coal conveyor from stock claimer

Soot Blower

Submerge Chain Conveyor (SCC)

Boiler Downcomer

Stesen minyak untuk kapal. terbengkalai dengar citer. tapi nak sambung balik

Coal yang dibawa menggunakan conveyor untuk dihantar ke coal bunker

Coal conveyor belt yang sedang bergerak laju. shiunkkkkkk!

Central Control Room (CCR)

Unit 1 punya monitor

CCTV untuk main entrance

Tak ingat nye peluh time ni. basah lencun doe baju aku

Unit 2 nye monitor


Pemandangan coal yard dari luar bangunan turbine


Memang penat giler balik tu. Ini belum pusing habis lagi ni. Bahagian steam drum ngan esp tak masuk lagi. Itu belum campur pergi ke CUL ngan coal department. Pehh. Tp takpela, pengalaman punya pasal.

Banyak sangat gambar sampai taktau camne nak terangkan. Kalau ada masa nanti baru aku fikir2 kan nak terang ke taknak. haha

Tuesday, April 20, 2010 pada pukul 2:32 PM , 2 Comments

Hummingbird

180410

1543


 

Hari jumaat hari yang mulia. Hari second last kitorang nye induction. Last day ari isnin tapi En Tukimin kata maybe akan di extend lagi sebab macam tak abis lagi kitorang belajar. Setakat ari jumaat ni, kitorang baru masuk boiler, steam cycle, draught system, condensate system, Light Fuel Oil (LFO) system dan banyak lagi. Termasuk lah jugak slagging and fouling. Maybe ramai yang tak tau terms2 nie. Aku nak terangkan secara detail pun takut korang pun tak nak tahu. Sebab benda2 camni kena masuk dalam kelas belajar, baru rasa seronok. Nak terangkan kat sini, aku pun tido kalau baca sendiri2. Turbine, Generator, Transformer antara tajuk2 yang kitorang masih tak masuk secara terperinci. Site visit pun tak wat lagi. Harap2 adalah hari isnin ni. Hari2 terperap dalam office bosan jugak. Tak abis2 mengadap tv saham tu watpe. Lain kali pasang la espn ke, supersport ke baru la layan~


 

Tghari ni lunch baik punya. Nasi beriyani bai. Disebabkan free lagi, tibai la lauk2 yang patut ada dalam sesebuah nasi beriyani (betul ke sesebuah? Bukan sesepinggan ke?). Macam biasa lepas tu kami ke surau yang berdekatan untuk solat jumaat. Kalau tak silap surau tu kat kampung sungai dinar. Kalau tak silap la. Petang tu, training abis lambat skit sebab nak abiskan terus bahagian slagging and fouling. So ari isnin nanti boleh terus ke bahagian turbine. Abis tu, tengok ramai berkumpul kat meja faez ngan syed. Dorang kan dah last arini. Last2 pun, bwk souvenir tak nak kalah. Aku pun nak ikut cam dorang gak lah time nak blah nanti. Huhu


 

Sebelum balik, kitorang gi singgah jeti jap. Jeti ni terletak kat dalam TBPP bertentangan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Ada bot yang dikhaskan untuk pekerja2 TBPP yang datang dari belah2 sana. So kalau ada rezeki keja kat sini, aku nak duduk kat sana lah. Leh naik bot! haha. Memandangkan sunset hampir menjelma, aku pun amik gambar dengan banyaknya. Biasalah. Jakon tak pernah tengok sunset. Waklu! Hahahahaha


sunset di TBPP. menarik~
kapal maersk yang baru masuk ptp
bot TBPP untuk staff yang duduk belah2 sana
pelancong tempatan yang tak pernah tau mcmane nak bergambar
pelancong asing yang sesat jalan
bakal2 nakhoda kapal
brother yang tengah sempoi repair enjin bot tanpa mengendahkan paparazzi
jeti bot
lagi satu sunset yang cantik

 

 

Sunday, April 18, 2010 pada pukul 4:05 PM , 0 Comments

Related Posts with Thumbnails