Coal ohhhhh so cold!

090410

2334


 

Hello mello. Ari ni adalah ari last aku di sini. Maksud aku, ari last untuk minggu ni lah. Bak kata orang save the best for the last. Tapi apa yang best nye pun aku taktau. Haha. Yang aku tau, arini adalah ari jumaat. Esok adalah sabtu. Dan lusa adalah ahad. Dan tulat adalah isnin. Ok. Berbalik kepada hari ni. Pagi ni aku bangun macam biasa, mandi macam selalu, pakai baju yang aku tak tahu, gerak ke tanjung bin berbulu2. Hebat tak pantun aku?


 

Aku masuk office ari ni, semangat dah berkobar2 nak abiskan keje. Kalau boleh, arini jugak nak siapkan pastu nak present terus kat boss. Sebab nak dapat tugas baru lak. Nak masuk site! Haha. Tengah2 buat tu, aku rasa macam tak sedap badan. Makan tak basah, mandi tak kenyang, minum tak abis. Aku rasa aku macam nak turun site gak sebab aku nak confirmkan betul2 size coal dengan macam2 lagi yang perlu aku pastikan. Sebab sebelum ni, semuanya aku assume lebih kurang je. Yelah. Peluang masuk site setahun sekali. Mana tak kena assume. Kalau tak assume, tak jalan la keje. Pastu aku pon tanya ar mai kalau2 dia tau sapa2 yang boleh bawak kitorang gi site. Sekali dia boleh cakap dia nak gerak ikut En shukri pergi meeting pastu jalan2 kat bahagian turbine. Pehhh. Ati panas beb. Kitorang pon nak ikut gak! Daymmmm.. Ati dah mula memberontak. Pergi bilik boss, kosong…Ah! ' aku kena masuk site gak!' bisik hatiku. Cewah. Macam ayat novel pun ada. Hoho. Pastu aku gi la tanya2 sket budak trainee yang dah lama kat situ. Si Faez ngan si syed. Dorang cakap gerak je. Walaupun itu dah melanggar peraturan safety, sepatutnya kena ada supervisor ikut skali, tapi memandangkan aku cuma nak tengok coal je. Bukan nak buat kacau atau apa, aku pun gerak dengan ria. Sambil gerak sambil memakai jaket diikuti dengan memakai helmet pulak dalam gaya yang slow motion. Macam gaya sivaji the boss. Macho seyh!


sivaji the boss v2

 

Pastu sampai nya aku di site tu, aku pun amik la size coal yang diangkut oleh mat2 foreigner atau lebih dikenali sebagai bangla meter. Tapi diorang ni baik. Diorang cari rezeki halal. Patut budak2 melayu contohi dorang sekarang. Datang negara orang takesah pon keje kotor2. Budak melayu skang keje nak sedap duk office je ada aircond. Takpe. Nanti aku geng ngan sahabat2 bangladesh tu taruk aircond kat site baru korang jelez! Hoho. Pastu aku pun amik lah diameter station air punya pipe skali. Pipe die kaler putih mewakili air. Air dalam english bukannya air dalam melayu. Aku pun amik jugak anggaran size untuk pit kat pyrite hopper tu. Entah menjadi entah tak projek kitorang ni. Tapi takpelah. Usaha tangga kejayaan!



timbunan2 pyrite yang akan dihantar secara manual ke ash pond


pyrite paling besar aku jumpa kat site




station air yang berwarna putih



ria sedang mencuba apakah rasa pit ni sebenarnya, adakah masam2 manis?




 

Balik dari site tu, keje la macam biasa. Sampai lah masa untuk jumaat. Ria tanya si cuki, dia cakap biasenye budak2 turun awal jumaat. Kul 12.15 dah turun. Tapi disebabkan sebok buat keje nye pasal, turun gak kul 12.40 cmtu. Arini makanan sangat enak. Aku amik nasi ayam+ayam+daging+sayur+timun+tomato+teh o ais limau. Kena RM2.50 je. Sebab ada subsidi RM2 untuk staff and trainee.hehe..After makan, pergila solat jumaat kat kampung dah lupa nama. Dekat je ngan TBPP. Dalam 5 mins je kot. Ingat jauh mana.Khutbah hari ni bertajuk 'Hidup lebih manis tanpa gula'. Haa kalau nak tau macamane, itulah yang dinamakan magik. Koh3


 

Sampai ke petang, aku dah dapat siapkan analysis untuk pressure dengan re-sketch drawing dalam pro E. tapi next week ade induction pulak satu minggu penuh. Mungkin lepastu baru dapat sambung projek ni. Adeh. Sampai sini je kot report aku untuk ari ni. Kalau ada bende menarik hujung minggu ni, aku akan post lagi. Oyasuminasai~

Saturday, April 10, 2010 pada pukul 12:25 AM

0 Comments to "Coal ohhhhh so cold!"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails