Two is better than one

170410

0716


 

Rabu

Bekfes arini sangat special. Selalunya kitorang akan pergi beli kuih kat depan simpang umah kitorang. Rm1 dapat 4 biji. Boleh tahan kan? Sekarang ni kitorang dah dapat invent idea baru. Disebabkan masih under training, bermakna makan tghari akan jd free. Tapi kami masih ada subsidi rm2 untuk setiap hari. So pe lagi. Guna time bekfes pulak lah. Yeahh. Duduk kat sini under training ni tinggal nak byr mkn mlm je. Yang lain semua settle!


Kuey tiaw+mee+telur mata+teh panas = under subsidi


Arini training induction whole day. Masuk lebih detail dalam steam cycle. Mula2 blur gak ar apebenda la dia ni terangkan. Last2 bila dah dpt gambaran tu dh ok dah. Arini tghari makan free lg sbb masih under training. cun! Pastu petang tu mai kasi ear plug kat aku ngan ria. Dia cakap kak yus kasi. Time kasih kak yus! Hoho. Pasni leh la masuk bahagian turbine kan. Weehoo. Next target: Ear muff dengan respirator pulak!


ear plug

 

Si rahem plak kasi keychain lpastu. Kali ni abg hassan yang kasi. Dia baru blk dari chiang mai. Jalan2 under company kalau tak silap. Peh. Bila nak bawak bdk2 trainee plak gi jalan2?


keychain chiang mai mari!

rahim a.k.a mike tengah guna laptop aku sambil belaja plc

 


 

Malam tu kitorang gi main futsal ngan budak2 TBPP yang lain. Ni la kali pertama dalam 5-6 bulan tak main. Dah macam budak2 dah gaya main. Teruk sial. Takpe ah. Fokus pada basketball je. Futsal? Lupakan. Haha. Tak jugak. Kadang2 teringin jgk nak main. Tapi ok lah. Dapat kenal2 ngan budak2 lain. Si syed ngan faez punya last main futsal. Pasni dorang dah bis dah. Dorang pun dah 5 bulan dah kat sini. Otai tuu!


 


 

Khamis

Training cancel untuk pagi. So lepak2 lah di cubicle dulu. Sap kok luuu. Men2 facebook dulu. Skang ni dah pandai buka fesbuk di office dah. Time kasih kepada taiko cuki! Haha. Bila masuk je petang tu dalam training room lepas lunch, pehh ngantuk giler seyh..


pemandangan dalam training room


baru mula


selepas 5 minit...

 

Malam tu, gi makan di mutiara seafood corner. Dengar khabar, ada tomyam ketam. pelik! Si cuki la yang ajak. Cakap kitorang asyik makan kat tambak je. Aii memang la. Takkan nak makan kat kedai ketupat kot. Haha. Dan malam ini jugak kami dibelanja oleh cuki. Terima kasih woi! Tak kuar lah duit aku hari ni.hohohohoho



sume makan nak sama je makanan.haha


tomyam campur dia ade ketam seyyy


ria


cuki


 

Next target: dibelanja oleh housemate cuki lak

Saturday, April 17, 2010 pada pukul 7:50 AM

0 Comments to "Two is better than one"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails