Pengembaraan bermula!

070410

0942


 

Semalam aku tak sempat nak update blog sebab aku dah boleh bawak laptop ke office arini, so tak perlu la aku pakai bruudben untuk update blog aku hari2 lagi. Huehue. Tapi untuk post kali ni, aku nak citer pasal semalam punya aktiviti. Kitorang dah diberitau waktu kerja dari kul 8.30 smpai 5.30 petang. So pagi tu gerak lambat ar sket dari hari pertama. Siap singgah beli kuih luuuu. Giler ar. Smart kot! Pastu sampai2 kitorang masuk semula ke kubik masing2 tunggu arahan seterusnya. En Azizi datang bitau akan ada safety induction kul 10 pagi. Kul 10 tu gerak ar kitorang berempat ke training room dan talk tu dikelolakan oleh En Shukri.



Safety induction dalam training room


 

Sebelum tu, aku nak citer sket pasal En shukri ni. Dia ni… eh panggil beliau lah.baru nampak respect sket. Beliau ni orang melayu tapi dari kecik menetap di US selama 24 tahun. Lepas tu baru dia datang balik ke malaysia kerja di off shore dan baru lah ke power plant. Dia ni pernah jadi pakar forensic. So dah macam2 bentuk orang yang dia selidik dan analisis. Talk dia best giler kot walaupun tak segiler mana tapi dia ni suka citer pengalaman. Tu yang tambah menarik lagi dan dia pun suka bagi ceramah mengajak ke arah kebaikan. Jangan kejar dunia sampai lupa akhirat. Kalau dia masuk politik, aku confirm vote dia bai!


 

After safety talk selesai, kitorang dipecahkan oleh En Azizi ke section2 head masing2. Si Mai awal2 lagi dah dapat bahagian safety. Haha. Kesian sebab tak dapat nak masuk site lagi. Buat keje office je la untuk sebulan ni. Si Rahim lak dapat ke bahagian coal plant. Best kot sebab dia belah2 laut sana. So experience lagi gempak tapi kat sana diorang banyak dalam bahagian electrical dan power. Sebab tu si Rahim yang dapat. Aku ngan ria lak dapat bahagian Ash handling. Bagus la tu. Dah la dua2 dapat bahagian yang sama, nama pun sama, Asyraf. Keje lak kat bahagian Ash handling. Power!


 

Kitorang dibawa berjumpa dengan section head of Ash handling, En Saiful Nizam. Dia kata sebagai engineer, takkan korang nak ikut technician pergi site pastu buat2 keje camtu je. Sebab engineer kat sini tugasnya adalah menganalisis defect2 pada machine di bawah bahagian ash. Bahagian ash handling ni kalau korang nak tau, tugas utama adalah maintenance. So kena maintain semua machine2 di sini supaya dia punya defect tu tak accumulate dari hari ke hari. So dia bagi 2 project yang dia pernah fikirkan untuk dibawa ke depan.


 

Pertama: Revise pump module

Kedua: Vacuum cleaner untuk buang pyrite & waste


 

Dia terangkan lama gak ar. Macam2 detail dia kasi dalam penerangan, and aku teruja gak kitorang dapat in charge dalam main problem kat sini. Sebab untuk projek yang kedua tu, dorang masih guna kan manual. Means dalam proses outage, dorang akan mintak kontraktor bersihkan bahagian dalam dan angkut semua waste yang tersangkut. So main objective untuk projek ni ialah untuk working on a model that using station air dan boleh angkut semua waste di dalam pit ke luar. So proses membuang pyrite & waste akan menjadi lebih mudah. Working principle nya adalah lebih kurang macam gun snow wash yang selalu kat tempat cuci keta tu.

pyrite hopper

Mill overview

pyrite yang jatuh semasa buka main hole

pyrite2 yang terjatuh ke dalam pit yang boleh menyebabkan pump terbenam





 

Kelebihan menggunakan Vacuum Cleaner:-

  • Lebih mudah
  • Tak perlu tunggu outage untuk bersihkan
  • Tak perlu mintak kontraktor masuk dalam pit which is a confined space
  • Mengelakkan sebarang kerosakan jika kontraktor cuai semasa di dalam pit
  • Menggunakan station air dengan lebih efektif


 

Petang tu after lunch, En Saiful bawa kitorang masuk site. Memang exciting giler bai! Tapi sebelum masuk, kena complete pakai PPE iaitu safety helmet, safety boot, dengan jaket. Aku pun dengan semangat boot baru beli semalam, melangkah masuk dengan penuh bergaya. Tadi dah dapat penerangan. Sekarang dapat tengok real punya benda. Baru faham apa yang dibebelkan sebelum ni. Tapi masuk tempat ni seronok gak ar. Korang tengok ar sendiri.



16th floor of coal-fired st 30

emission stack dari dekat

st 20 - aku naik sampai tingkat 3 je...sob3

mendengar penerangan oleh En saiful

power!



 

Banyak sangat nak aku terangkan, tapi aku rasa ni sumer dah summarize hari kedua aku kat sini. So saya pun apa2 pun, untuk menjadi apa? Insan yang cemerlang…..





back to the office

Wednesday, April 7, 2010 pada pukul 10:30 AM

0 Comments to "Pengembaraan bermula!"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails