Bawak motor sambil memegang payung

300310

1557


 

Tinggal Cuma 4 hari lagi untuk ke Johor. Barang tak pack lagi. Banyak benda tak buat lagi. Tech com nye exam pun tak amik lagi. Apa nak jadi ni?


 

List untuk bawak ke Pontian:

  • Barang2 basket
  • Kemeja, seluar slack, kasut hitam
  • Dokumen2 penting
  • Iron dengan cerek
  • Laptop dengan hd dengan bruudben
  • Baju yang tak kemeja dan seluar yang tak slack
  • toiletries dengan tuala
  • Barang2 scuba (mana tau leh scuba ke nanti)





 

Oyeah!

Tuesday, March 30, 2010 pada pukul 4:08 PM , 0 Comments

Tuka tajuk macam tuka baju

260310

1206


 

Ada sebab kenapa saya tuka title blog saya dari bila budak skema jadi ensem kepada bila budak skema jadi power. Sebabnya nanti ada orang cakap saya perasan ensem.


 

Tapi tajuk tu sebenarnya bukan mengenai saya pun. Ini adalah mengenai seorang budak yang kerja siang malam dengan berniaga keropok lekor di pantai cahaya bulan.


 

Pada suatu hari emaknya meminta dia pergi ke kedai ah seng untuk membeli kicap jalen pasti sedap! Selepas dia balik dari kedai, terjatuh lah dia di atas satu jambatan kayu yang dibuat untuk kegunaan motor dan 'tenggiling' menyeberangi sungai lemas. Akibatnya dia hampir terjatuh ke dalam tasik sedangkan tiada tasik di situ! Inilah yang memusykilkan penduduk kampung hingga menyebabkan dia dibuang daerah. Mungkin suatu masa nanti, anda juga akan berjumpa dengannya…

Friday, March 26, 2010 pada pukul 12:11 PM , 4 Comments

Hujan dan bunkface bergabung

230310

1727





 

Semalam saya balik rumah. Sebab kat kajang impian 'impian setiap insan' tak ada internet (satu bangi tak ada). Lagipun saya ikut husmet2 saya. diorang pon balik juga.




 

saya ingat nak main bb hari ni. tapi hujan. tapi jumaat ni ada exam. tapi saya akan balik kajang impian 'impian setiap insan' malam ni. tapi saya harap saya akan belajar. sebab saya tak akan belajar bila balik rumah.


 

tapi saya tak suka belajar. tapi saya nak result cemerlang.


 


 


 

Tapi…tapi saya nak terkentut…

Tuesday, March 23, 2010 pada pukul 5:33 PM , 2 Comments

Salam Pembuka Kata

210310

1720


Hello brooklyn

Saya baru nak menjinak-jinakkan diri (kucing) dalam bidang blogging ni. Walaupun saya budak baru belajar, tapi saya dah tahu untuk 'jolok guna galah'.

Tujuan saya buat blog ini adalah kerana untuk sem yang akan datang, saya telah ditempatkan untuk berada di Tanjung Bin Resort. Resort yang dimaksudkan adalah stesen janakuasa sebenarnya seperti yang sedia maklum dan ianya juga kelihatan seperti sebuah tempat peranginan (lah sangat).

Tanjung Bin, Here I come come bin!


Tetapi, perkara yang paling saya tak puas hati sekali adalah saya telah tersalah sangka yang Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) itu adalah Tanjung Bin Power Plant. Sedangkan ianya terletak bertentangan dia antara satu sama lain. Macam lahaneut~. So, terpaksa lah kena duduk di Pontian (kalau nak lebih hensem, duduklah di kampung Kukup). Baru saja ingat nak dekat dengan orang tersayang di sana.

Tapi tak apalah, saya pun budak baru belajar. Saya pun apa-apa pun untuk menjadi apa? Insan yang cemerlang~

Sunday, March 21, 2010 pada pukul 5:46 PM , 4 Comments

Related Posts with Thumbnails