10 perkara menarik yang akan berlaku jika Malaysia masuk World Cup



Kita sebagai rakyat Malaysia pastinya berharap suatu hari nanti negara kita akan layak memasuki World Cup. Tetapi apa akan jadi sekiranya kita adalah tuan rumah World Cup dan negara kita layak secara automatiknya? Inilah 10 perkara yang akan berlaku jika Malaysia layak memasuki World Cup:-


  1. Stadium akan dipenuhi dengan kompang, rebana, bongo, gong dan lagu2 semangat adalah berentakkan dikir barat.
  2. Final tidak sempat dilangsungkan kerana belum sempat masuk final, kerusi sudah habis dibakar dan dicampak merata-rata ke arah pemain di padang.
  3. Gol-gol yang dicari oleh Malaysia semestinya harus mempunyai unsur unik seperti gol dari goal kick oleh goalkeeper atau hasil balingan outside terus ke gawang pihak lawan.
  4. Sesi pertukaran baju tidak akan berlaku kerana pasukan Malaysia tidak mempunyai baju spare. Oleh itu, mereka mungkin mahukan baju pemain2 terkenal seperti Rooney, Messi dan Ronaldo tetapi mereka sama sekali tidak akan menyerahkan baju mereka sebagai ganti.
  5. Malaysia mungkin akan tersingkir awal dan selepas itu, tiada lagi peminat-peminat Malaysia yang tinggal. Rata-rata mereka akan kembali menyokong pasukan kegemaran seperti Brazil, Argentina mahupun Cote d' Ivore.
  6. Pemain-pemain dan para penonton serta para pengadil akan memakai topi keselamatan sebagai langkah keselamatan kerana bimbang bumbung stadium akan runtuh.
  7. Tiada lagi sorakan "Pulun Kedah Pulun" atau "Kejor Yop Kejor", dan ianya digantikan dengan "Malaysia Boleh!" walaupun kebolehannya masih diragui.
  8. Perlawanan akan ditunda jika hujan lebat kerana dikhuatiri padang bola akan bertukar menjadi kolam renang olimpik.
  9. Kedai-kedai mamak akan mengalami kerugian tidak seperti World Cup sebelumnya dimana, peminat-peminat lebih berminat untuk menonton live di stadium berbanding di skrin projektor mamak.
  10. Malaysia pastinya akan diberi cuti jika secara ajaibnya Malaysia menjulang World Cup buat julung-julung kalinya dalam sejarah dunia.


Friday, July 2, 2010 pada pukul 3:47 PM

0 Comments to "10 perkara menarik yang akan berlaku jika Malaysia masuk World Cup"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails