Hagemaru vs Kiteretsu. Siapa yang menang?

190510

1631


Isnin:

Seperti biasa, pagi ada morning meeting kat boiler meeting room. Boiler dan ash bergabung tenaga menjadi Gotrunks. Selepas meeting, bersarapan bersama Mr. Faiz da ayam man dekat café. Ingat lepas tu nak ikut Mr. Peter tapi tengok gaya pagi ni macam tak ada apa sangat. So dengan langkah yang layu naik la office balik. Petang tu selepas lunch, tiba2 kami dikejutkan dengan berita ngeri. En Azizi suh kami bergegas sebab……'Mak, tadikan ada kemalangan. Habis semua botol sos tumpah atas jalan'…'kemalangan? Botol sos? Alonggg!'…oh ini cuma iklan sejenak. En Azizi berkata dah tiba masanya kami tukar section. Lalu dia pun menyuruh En Tukimin membawa kami ke Operation section pula. Oh apakah itu?? Adakah seperti operation room di hospital. Ah takutnya! Takut wak luuu…itu hospital. Bukan power plant.


Sesampainya kami di Central Control Room (CCR), kami diperkenalkan dengan Mr. Sabri iaitu Mentor kami untuk baki sebulan setengah lagi. Tapi kami tak akan lupa jasa dan pengorbanan En Saiful yang bersusah payah bersama kami walaupun bila kami datang pejabat dia, dia selalu tak ada dalam office, dan kami akan keep on datang ke office dia, dan dia tetap tak ada, tapi kami respek sama dia! Hoho. Setelah selesai diperkenalkan diri yang jahil ini kepada semua staff disana, kami pun berangkat pulang. Kami akan diberi tugasan mulai esok dan projek ini adalah kerjasama Grand Brilliance En Sabri dan Jas EDP 4. So kitorang ni kira cikai2 masuk bawah dorg la. Mintak tunjuk ajar sifu!


Selasa:


Pertama kali masuk operation punya meeting. Meeting dia lagi sempoi sebab boleh kata sekejap berbanding ash punya meeting. Diketuai oleh Mr. Lan Sukaimy yang tersangat2 berpengalaman dan juga sempoi. Tabik spring bai! Haha. Hari ni baru dapat discuss project dengan Mr. Sabri dan Mr. Jas. Aku and ria kena sambung buat Engineering Change Control (ECC) untuk 5 tempat:

  • Safety barrier dekat bawah condenser (DONE)
  • Condenser Tube Ball Cleaning (CTC) material pipe yang sudah karat
  • Main Cooling Water (MCW) safety valve punya cover protection
  • Lube oil platform di bawah Mill
  • Emergency Diesel Generator (EDG) additional ladder

Semua ini dah buat half way cuma kami ditugaskan untuk sambungkan sampai habis. Next project, applying 5S untuk Central Control Room (CCR).


Rabu:


Macam biasa. Meeting selalu.

Pagi tu, aku and ria keluar pergi tempat2 semalam untuk amik gambar. Sebenarnya dah ada dah gambar2 tu tapi ada dalam camera Mr. Sabri. Memandangkan saja nak jalan2 lagi, pergila jugak amik gambar kat sana. Panas panas balik terus lentok café. Petang tu pulak, layan photoimpact kat depan laptop. Petang tu mintak pendapat Mr. Sabri, dia cakap kasi detail skek lagi. Tiba-tiba terasa macam artist yang sedang lukis potret wajah kat tempat orang lalu lalang depan CM. tak apa. Power punya pasal, anything possible!


Khamis:

Meeting lagi la ni. Tiba2 alarm berbunyi. Kesemua staff terus membuat kerja masing2. Eh tak ada meeting pulak?

Biar betik. Aku dah terasa gugup mendengar persoalan itu. Tak mungkin la harini takde defect langsung? Cemerlang betul staff harini!


Setelah diketuk kepala beberapa kali, rupanya memang ada meeting seperti biasa. Persoalan di atas tidak timbul secara realiti dan ianya cuma berlaku secara fantasi dengan alasan aku nak panjang kan sikit post aku kali ini. Bijak tak?


Selepas meeting, aku dan ria cuba mem-follow bontot Mr. Amin dan Mr. Wan. Nampaknya mereka sedang merancang sesuatu. Kami teruskan lagi mem-follow. Lalu mereka mengajak kami untuk mengikut bersama-sama mereka ke Unit 1 untuk mencatit reading2 yang terletak di dalam unit tersebut. Bermula di tingkat 16, tempat di mana J.W.W Birch mati dibunuh ketika sedang mandi, itu bukan lah tempat yang kami ingin tujui. Tetapi disinilah terletaknya steam drum yang mengandungi campuran air dan steam yang bercampur seperti nasi campur pabila sampai waktu tengahari. Dari situ, kami turun secara gradually (macam graf T-S diagram) ke bawah. Satu tingkat demi satu tingkat. Akhirnya sampai lah ke bawah di bahagian Mill. Setelah kesemua bacaan selesai, mereka melaporkan semuanya itu ke Mohd Radzi yang lebih enak dipanggil Radzi The Mentalist.


Kenapa Mr. Radzi mendapat gelaran sebegitu rupa?


Ini adalah kerana, setelah genap 12 minit kami berkenalan dengan beliau, kami telah diajukan dengan soalan2 yang sangat psycho sehingga psychiatrist pun terkelu lidah untuk menjawab. Pertama, kami ditanya 'mengapa di dalam boiler mesti dalam keadaan vacuum?' dan apabila kami menjawab, beliau pasti akan respon 'betul ke?' atau 'Pasti?' atau 'yeke?' atau 'camtu eh?' sehingga sesuatu jawapan yang dianggap pasti sudah tidak lagi menjadi kepastian kepada kami yang ketandusan idea dan ilmu.


Soalan kedua pula adalah berkaitan dengan 'Kenapa kena ada WTP dalam sesuatu plant?'. Kalau difikirkan, tentulah anda boleh menghentam sesuka hati anda dan menjawab dengan logik akal. Tetapi tidak jika anda bersemuka dengan The Mentalist. Dia akan pastikan anda menjawab secara tepat dan saintifik sambil diselitkan ayat sinis seperti 'eh camane budak uniten takleh jawab ni, aku poli je dulu' dan 'kata belajar thermo takkan takleh jawab'.


Selepas itu, kami terus diajukan soalan kali ini berkaitan dengan rankine cycle pula. Jangan terkejut jika aku katakan soalannya lebih susah dari soalan final exam thermo II dalam dewan sri saujana yang sejuk tu. Kesimpulan dari soalan2 yang diberikan, aku dapat menyegarkan semula otak yang sudah layu dek hembusan aircond didalam admin sambil mendalami ilmu hitam power plant yang selama ini amat diperlukan oleh bomoh2 moden zaman sekarang. Persoalannya, sampai bilakah ingatan ini akan bertahan?...Mungkinkah sampai syurga? Tepuk dada kuat-kuat (kecuali jika anda seorang perempuan) dan tanya medan selera.


Jumaat:

Hari yang paling mendebarkan. Setiap kali hari ini datang, aku mesti tertanya-tanya… korang rasa apa yang aku tertanya2 itu?


Mungkin korang juga akan rasakan sedemikian..


Cuba sama2 kita hayati..apa sebabnya harini membuatkan kita selalu ada perasaan ingin tahu yang lebih mendalam dari hari2 lain..


Dah tahu?


Apa dia?


Mengikut hati aku, aku selalu tertanya-tanya apakah yang akan disediakan oleh pihak café untuk lunch nanti. Selalunya akan ada hidangan special yang sedia menanti seperti nasi ayam, nasi tomato atau nasi beriyani..Ok kita beralih sebentar pada pagi ini.

Pagi ini selepas meeting, aku dan ria a.k.a trainee yang tinggal dalam operation telah didatangi oleh Mr. Kopli iaitu O&M Specialist operation untuk TgBin. Beliau ini boleh lah dikatakan sebagai Mr. Jane dalam The Mentalist merangkap ketua Mr. Radzi The Mentalist wannabe. So sekarang ni aku rank The Mentalist adalah Mr. Kopli manakala Mr. Radzi adalah wannabe beliau. Buat kali ke-2 berturut-turut kami ditanya tentang soalan yang boleh membuatkan mata berpinar-pinar seperti spinning gasing.


Soalan Pertama:

TM: Kenapa setiap mill berbeza peratusan coal nya? Kenapa ada Arutmin + Nato? Kenapa ada 60+40? Kenapa 65+35?

Aku: Sebab ada yang bituminous dan sub-b kot…

TM: haa apa dia bituminous tu?

Aku: aaaaa….arang yang berkilat2 tu…

TM: Gelak sinis sambil berkata 'haish engineer mana boleh jawab macam tu'

Aku: (aku baru je tau benda ni dalam Mr. Tukimin punya kelas aritu. T_T sob3)


Ini adalah soalan permulaan kepada lebihan soalan psycho yang aku perlu jawab.


Kini aku menyesal tidak membawa sekali buku Thermo yang telah usang diliputi sawang selepas tamatnya exam thermo II dua sem lepas.

Tapi soalan2 sebeigini telah mengajar ku erti persahabatan kehidupan sebagai seorang engineer yang berjiwa sejati. Aku akan berazam untuk belajar dengan gigih dan tidak dengan hanya menulis di blog untuk menjadi gigih tetapi tidak, aku akan pastikan aku bangkit dari tidur seperti aku mengharapkan Malaysia bangkit pada piala Thomas akan datang!


Ok kita kembali semula ke bahagian lunch..Sesampainya aku di café, aku terlihat nota yang bertulis 'nasi beringin RM 5.50'..aku pun berangin ar. Belum amik lauk dah set harga dah? Ini sudah lebih ni mat. Tapi memang patut pon kena harga tu sebab lauk dia cukup untuk menggemukkan kambing laut yang mati akibat banjir di laut sulawesi.

Petang ni, aku akan mengikut sang ayam dan pengikut2nya berkhemah di bahagian soot blower. Kalau ada rezeki, aku akan rakam macamane soot blower ini berfungsi dan masukkan di dalam presentation aku nanti. Nantikannya di pawagam berhampiran anda!


ni lah soot blower. tapi ni dari dekat. sebenarnya panjang lagi ni.


Friday, May 21, 2010 pada pukul 2:27 PM

5 Comments to "Hagemaru vs Kiteretsu. Siapa yang menang?"

Posted by Anonymous ( May 23, 2010 at 1:20 PM )

'eh camane budak uniten takleh jawab ni, aku poli je dulu' dan 'kata belajar thermo takkan takleh jawab'.

wahai kekwn. cukup sinis ayat mentalist tu. mencompare poli and uni and so on sy rs tidak cukup adil. dngn pengalaman yg baru beberapa bulan tidak ptt lah die mengexpect setinggi gunung. kalu dijawap ngn logik akal pon pttnya masih bule diterima kerana kite mberi jawapan logical based ape kite rs btul sbb sblm ni xpenah blaja secara khusus bende2 psl plan nehs. cube anda tnya beliau ape anda plak blaja.calculus simulation material engineering and so on sy pastu beliau jgk akan hanya mberi jawapan logical. ayat aku dlu blaj poli je sy mmg ckp xpuas hati. mebi cr die respon melawak tp sy ttp xpuas hati hahahaha.

Cuki

hahahaha..rilek2..mungkin dia nak menguji keimanan (raging) budak praktikal je tu. hahaha..

aku pun panas jugak tetapi atas dasar kepoweran, aku sanggup menempuh segala cabaran dan menerima segala kritikan oleh para senior disini.cewahhh

p/s: ko biler plak nak wat blog cuki?

hahahaha aku tau
aku jgk penah melalui situasi same hehehee
die spt bile aku tnya die psl american idol kt die n die x penah tgk pon american idol. mungkin begitu kot response yg akan diterima.
wahai budak skema tapi power. aku dlu penah ade blog tp telah dilupuskan setelah frust bercinta hahahhaaha sadis btul kisah blog aku
mungkin aku bukan budak skema tp aku power hahahaaa

hahaha..pe barang frust je terus tak blogging. skang ni masa single la lagi banyak boleh tulis..kamon2..tweet dah ade. skang ni masa untuk beralih angin!

tak blogging tak power ar! ahahahaha

hahahahaaha bole2 akan dipertimbangkan
dlu aku rjn berblog pasal makanan. hari2 ade je reespi baru aku masak n uploadkan di blog ketika zaman bgelar student. tp once dh blk msia nehs senduk pon xpenah pegang dah hahaahahaa. nti bule la berblog ilmiah ckit cite pasal boiler tubes welding n so on. hahahaa power tapi skema :P

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails