Rintihan Gaza

010610

1348


Sekarang ni seperti yang kita semua tahu, Rejim Zionis sedang melancarkan serangan keatas kapal2 yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sedih bila dengar perkara macam ni berlaku. Nak buat baik, tapi di balas sebegini rupa. Apa yang PBB buat sebenarnya? Apa itu PBB? Korang boleh baca kat sini or sini. Entah apa2 lah dorang ni. Nampak sangat bodo. Bila sekutu sendiri buat hal, diam2 je. Bila negara lain (contoh sekarang: Korea Utara) buat hal, terus kecoh satu dunia. Aku nak kutuk2 dorang pun macam tak ada faedah je. Tapi atleast aku nak suarakan ke-tak-puasan-hati aku ni kat sini supaya orang lain tahu bahawa benda ni tak sepatutnya berlaku. Tambahan pula negara arab lain seperti Mesir dan Jordan telah menjadi tali barut Israel atau gunting dalam lipatan bagi negara Islam yang lain, aku terfikir2 negara mana kah yang akan mempertahankan Islam di akhir zaman ini. Malaysia? Oh. Malaysia kecil sangat. Kuasa pun kecil berbanding negara lain. Lagipun nampak je aman tapi semua orang boleh tahu politik makin kotor. Berebut2 cari kuasa sedangkan empunya segala kuasa tu tak pula dicari. Nak harapkan siapa ni? Indonesia? China? Semua tak boleh harap. Macam ni lah rasanya bila pada dasarnya kita Islam. IC tulis Islam. Dekat facebook tulis Muslim. Tapi tak pernah rasa nak bersatu. Mungkin ada penyatuan tapi bukan dari prinsip Islam itu sendiri. Luahan ni tak patut aku luahkan disini kerana ini bukan tempat yang sesuai. Cuma sekadar berkongsi perasaan. Jika kita benar2 ingin tolong Islam, dalami lah ilmu sejauh mungkin supaya kita gunakan minda sebaik-baiknya untuk membantu umat Islam di luar sana.


macamane nak main basketball kalau bom jatuh merata2 macamni?


wajah2 bayi yang tempatnya nanti dijanjikan syurga Allah, subhanAllah.

Sila doakan kesejahteraan dan keselamatan kesemua Umat Islam yang sedang bergadai nyawa di luar sana..InsyaAllah, Allah itu maha mengetahui segalanya.

Tuesday, June 1, 2010 pada pukul 2:04 PM

0 Comments to "Rintihan Gaza"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails