Doktor tiada ubat untuk demam world cup.

180610

1615

tiga minggu lagi..



dua minggu lagi...


Bukan main semangat aku countdown hari2 terakhir di sini. Haha. Padahal bukan apa sangat pun. Rasa sedih la jugak sebenarnya ni. Tapi saje takde keje pergi countdown. Idea faiz ayam la ni. Kalau tak takdenye aku nak wat benda yang tak matang macam ni.


Disebabkan aku dah tak tahan nak duduk dalam rumah salji, aku pun keluar la pada suatu hari untuk menikmati udara segar di ESP bersama cuki, ayam dan ria. Udaranya sangat segar sehingga anda akan mendapati hari telah senja sedangkan watktu itu masih tengahari. Pengalamannya seperti anda berada di padang pasir. Menakjubkan bukan?


ini ape ni? inilah forced draft fan. tp ada kena mengena ke dengan esp?




ni lah dia esp. tp ini bumbung esp. kitorang tgh wat perbincangan antara engineer2 dan bakal engineer dan bakal technican.haha



Selepas penat berjalan di ESP, kami pun berpisah la dengan budak2 EDP untuk meneruskan perjalanan kami ke barat (journey to the west). Sesampainya di kawasan R&R (Rehat & Rawat), kami telah terserempak dengan manusia2 yang sedang membaik pulih Mill Roller. Kami pun pergi la usha2 di sekitar sana mana tahu dapat peluang untuk di pulverized kan jugak ke.


ada orang tak ni buat kerja ni?




oo yang topi kuning tu la pekerjanya. yang topi putih belah kiri tu la bos paling power skali.


Happy tu happy la jugak dapat tengok outage sedang berlangsung. Walaupun begitu, sampai skang aku masih sedih sebab tak dapat lagi masuk dalam boiler. sob3 (Manager2 tg bin tak baca ke blog aku ni?)


Okeh happy kan balik mood, aku nak citer la pasal aktiviti malam rabu aritu. aritu kitorang telah berkesempatan pergi ke mandella. Mandella ini adalah nama sebuah restoran di kawasan kukup. Walaupun bekas presiden afrika bernama Nelson Mandela, tetapi dia tiada kena mengena dengan perasmian kedai makan yang paling popular di daerah Pontian ini. Setelah banyak kali ditangguhkan atas alasan Nad (bukan nama sebenar) yang ingin study pada malam hari, akhirnya berjaya juga lah rancangan mereka untuk menunaikan hajat melepaskan nafsu makan di kedai ini. Tak disangka juga, ayam yang paling legend skali yang banyak berjasa untuk persatuan2 ayam sedunia juga hadir pada malam tersebut. Ini kerana dia telah membuat taktik kotor dengan datang kembali ke pejabat untuk print report LI free di ofis. Sungguh kotor perangai kamu itu wahai ayam kerana aku juga akan meniru taktik mu itu. Haha


Sesampainya kami di restoran ini, kami telah memesan makanan2 eksotik yang tiada di tempat lain. antara makanan2nya adalah:-



ikan siakap masak tiga rasa yang menjadi kegilaan ramai!



siakap masak steam. stim stim stimboat!





tomyam udang ding dang


dan....



udang masak tepung versi gunung everest


Selepas mengembungkan perut dengan kesemua makanan2 ini, aku pun tertidur kekenyangan. Tetapi Fad telah mengejutkan aku semula untuk bergambar bersama aku dan faiz ayam. Terpaksa la aku melayan karenah peminat2 yang datang dari jauh ni.....





korang tengah wat iklan gigi ke ape?hahaha


Muka happy giler sekor2! kenyang nak mati kot mase tu.hahaha
Tetapi, bila tahu harga kesemua makanan berjumlah RM234.50, tengoklah reaksi mereka semula...



bro... spain kalah ke bro?


Jumlah makanan itu selepas dibahagi dengan 14 orang, jadi la Rm17 sorang. bole la tu sekali sekala. so semua orang pun menjadi gembira dan senang hati balik....







Gambar di bawah ni pula khas untuk mike a.k.a Rahim...

mike! asal ko pendek sangat tu? hahahaha. takpe2. aku tahu ko kat tempat rendah sket. wakakaka


Sampai sini jelah kisah kami di Mandella. yelah makan je pun. buat apa nak citer panjang2..




Berbalik kepada topik sebenar post ini dibuat (ingat aku suka2 ke tulis tajuk tu), aku tersangatlah mengidam nak tengok world cup sampai aku ngan ria pergi beli antena baru untuk dapatkan RTM1. sebelum ni tak pernah2 aku teringin sangat nak tengok RTM nih. ni first time RTM sangat berguna kepada ku! walaupun sesudah menginstall antena baru, cuma dapat black and white je. tapi takpelah. asalkan boleh nampak bola tu masuk gol, aku pon boleh gol kan antena lama tu masuk dalam bakul sampah. haha


360 Rotatable = RM36.90. sanggup tu demi world cup tercinta.haha


Hujung minggu ni aku boleh la melayan world cup di rumah! oh pengalaman yang paling indah akan aku alami tak lama lagi. sambil makan udara sambil baring di sofa sambil tengok bola sampai masuk mimpi. indah bukan?


Batuk aku ni dah berbulan2 tak baik apahal entah. Nak kata minum ais, mana pernah manusia minum ais. Makan ais adalah. Minum air yang berisi ais pun ada. Tapi semua itu aku dah tak buat bagi menjaga kesihatan fizikal, mental, rohani dan jasmani aku yang dah lama layu ditelan ash. Nasib baik aku dapat main bb minggu ni! Terbaik!

Friday, June 18, 2010 pada pukul 4:31 PM

7 Comments to "Doktor tiada ubat untuk demam world cup."

cis 2 pon hang nk 2lis ka..reason nape tgguh..terasa na..w'pon bukn nama sbnr..wakakaka wakakaka..nway best dinner since the 1st time i came to pontian..hahahaha..thx e'badi!!dgn ini beta turun takhta..o0o0pppss..

wakaka.. jgn risau.. org tak tau Nad tu sebenarnye Nadiah melainkan org bace komen ni. oopss..hahahahaha!

lenkali bajet rm10 sorg je. jgn lebih2. membazir smpai nk bungkus2 blk umah.lol

der aq x kesah pon org tau..bukn aq korek idung gune sudu ke pe ke smpai nk malu..wakaka wakaka..weh kalo ko flashback2 skit..spe yg bg aq bajet rm15??wa tny lu??dh la dh la..dh leps..harga udang tepung versi gunung everst 2 yg opocot mak kau ckit..sehidang rm30 der..mau x angguk2 geleng2..nway dh leps n yg pnting sume hepi..maka ayam2 pon slamatlah tibe ke reban nye..wakaka wakaka..

ko ni ckp mcm anak mami seyh.. pot pet pot pet pot pet.wakakaka.. penat aku bace.. len kali order r udang tepung versi gunung kinabalu. lu ni, cite2 tinggi sgt.. everest sejuk tu! hahahaha

betui ka cm ank mami??cheq senyap je la kalo lagu ni la hang kata..pe slhnye brcita2 tggi..i believe i can fly ma..lets fly high!!!yabedabedo0o0!!

Posted by Anonymous ( June 22, 2010 at 3:16 AM )

RCTI la bro..ape barang layan RTM

RCTI x dpt la bro :(

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails