Outage atau shutdown. Best tak?

110610

1713


Walaweyh..lama gila aku tak updet blog dol. Haha


Kali ni aku nak citer sket pasal outage yang sedang berlangsung di tanjung bin power plant. Disebalik kemeriahan world cup yang bakal melakukan sepak mula harini, terdapat nya satu lagi event yang sangat penting buat warga tanjung bin iaitulah yang digelar outage atau nama lainnya shut down. Kali ni, outage dijalankan untuk unit 10. Bermula pada 28.05 sampai lah genap 35 hari. Itu kalau mengikut schedule. Kalau dia degil sket, tangguh la seminggu dua lagi.



majlis bacaan yassiin di surau lelaki admin. terima kasih fotografer yang sangat hebat. sambil baca yassiin sambil tangkap gamba.



Sebelum bermulanya outage, kat sini ada majlis bacaan yassin sempena outage pada hari selasa kot waktu tengahari sebelum solat zuhur. Lepas solat berjemaah beramai2, kami dihidangkan dengan pelbagai juadah dan kuih-muih yang antaranya adalah nasi tak ingat, ayam masak tak ingat, rendang daging, rendang kambing, dan juga sayur-sayuran. Oleh itu, kenyang tak ingat lah kami pada tengahari itu tanpa sebarang bayaran.




Antara tempat2 yang aku dah pergi usha selama outage sedang berlangsung ni, antaranya adalah Mill section, Boiler, RAPH, Economizer, FGD, dan juga ESP. Tapi kesemuanya itu tengok dari manhole je. Tak dapat masuk sebab takde safety harness dan takde bos mahupun engineer mahupun techinician mahupun contractor yang sudi bawak aku masuk. Sob3. Aku rasa dah tak ada gunanya lagi aku hidup di dunia ini jika tak dapat masuk boiler pada waktu outage. Haha. Poyo seyh ayat.



suasana dalam water box condenser. di belah kiri terdapat beribu2 tiub untuk masuk ke condenser.


ni namanya carbon brush kat generator bak kata fazli. aku pun tak tau la ape sebenarnya benda ni.


ni pulak namanya power!


ni dalam Electro-Static Precipitator (ESP). yang bentuk mcm roda tu dinamakan rappers yang digunakan untuk mengetuk plat2 supaya ash yang terkumpul jatuh ke bawah ke bahagian hoppers.


ni pulak namanya orang mengantuk disorongkan bantal. hensem tak pengganti hitrik roshan nih?


dalam steam drum. aku masih tak percaya macamane shah boleh masuk dalam ni. sempit kot!


ni pulak RAPH. lawa la pulak. macam kipas satay.


ni dalam boiler. lawa siot. macam dalam scene 'nightmare on the elm street'.




wah. sejak bila ade contractor power kerja sini nih?


di dalam ESP jugak. di antara celah2 plat tu terletaknya batang beralun2 ni. tugasnya activate ion +ve/-ve untuk plat2 yang berion +ve/-ve menarik ash yang datang.




ni lubang dalam ESP jugak. bahagian depan supaya ash masuk ikut barisan. jangan berebut2




ni lah Mill yang telah dibuka roller nya. dorang tengah buat proses ganti/repair roller yang rosak dan haus.




dorang nak bukak nat kat roller tu. panaskan pakai api pastu diorang spray WD40. tu yang berasap tu! hoho



So sekarang ni adalah waktunya di kemuncak outage dan sama juga waktunya di kemuncak world cup dimana perlawanan pembukaan di antara tuan rumah, South Africa bertemu dengan jaguh latin, Mexico pada jam 10 malam waktu Malaysia. Apa yang boleh dibanggakan, seorang rakyat Malaysia juga akan berada di atas padang harini iaitu En Subkhiddin yang akan menjadi pengadil ke empat untuk perlawanan malam ini. So pembetulan kepada ayat tadi, bukannya di atas padang, tetapi lebih sopan jika diucap di tepi padang sahaja. Walaupun begitu, boleh lah kalau nak tumpang bangga sekali. Namapun 1 Malaysia. Bangga sama2. Bila malu pun, sorok sama2.



Apa2 pun, tinggal 2 minggu saja lagi. Report nak kena settle. Present dah nak sampai waktunya. Aku pun dah tak sabar nak...


Tuesday, June 15, 2010 pada pukul 3:14 PM

2 Comments to "Outage atau shutdown. Best tak?"

woit ko xsabar nak ape? kahwin? huhu taula xsabar nak chioowwwwwwww heheheehee

hahahaha.. mane de la. aku sedih sbnrnye nk tinggalkn tempat ni. sob3.. tp disebabkn aku x dpt masuk boiler, aku boikot perasaan aku jd tak sedih. wakaka

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails