Two is better than one

170410

0716


 

Rabu

Bekfes arini sangat special. Selalunya kitorang akan pergi beli kuih kat depan simpang umah kitorang. Rm1 dapat 4 biji. Boleh tahan kan? Sekarang ni kitorang dah dapat invent idea baru. Disebabkan masih under training, bermakna makan tghari akan jd free. Tapi kami masih ada subsidi rm2 untuk setiap hari. So pe lagi. Guna time bekfes pulak lah. Yeahh. Duduk kat sini under training ni tinggal nak byr mkn mlm je. Yang lain semua settle!


Kuey tiaw+mee+telur mata+teh panas = under subsidi


Arini training induction whole day. Masuk lebih detail dalam steam cycle. Mula2 blur gak ar apebenda la dia ni terangkan. Last2 bila dah dpt gambaran tu dh ok dah. Arini tghari makan free lg sbb masih under training. cun! Pastu petang tu mai kasi ear plug kat aku ngan ria. Dia cakap kak yus kasi. Time kasih kak yus! Hoho. Pasni leh la masuk bahagian turbine kan. Weehoo. Next target: Ear muff dengan respirator pulak!


ear plug

 

Si rahem plak kasi keychain lpastu. Kali ni abg hassan yang kasi. Dia baru blk dari chiang mai. Jalan2 under company kalau tak silap. Peh. Bila nak bawak bdk2 trainee plak gi jalan2?


keychain chiang mai mari!

rahim a.k.a mike tengah guna laptop aku sambil belaja plc

 


 

Malam tu kitorang gi main futsal ngan budak2 TBPP yang lain. Ni la kali pertama dalam 5-6 bulan tak main. Dah macam budak2 dah gaya main. Teruk sial. Takpe ah. Fokus pada basketball je. Futsal? Lupakan. Haha. Tak jugak. Kadang2 teringin jgk nak main. Tapi ok lah. Dapat kenal2 ngan budak2 lain. Si syed ngan faez punya last main futsal. Pasni dorang dah bis dah. Dorang pun dah 5 bulan dah kat sini. Otai tuu!


 


 

Khamis

Training cancel untuk pagi. So lepak2 lah di cubicle dulu. Sap kok luuu. Men2 facebook dulu. Skang ni dah pandai buka fesbuk di office dah. Time kasih kepada taiko cuki! Haha. Bila masuk je petang tu dalam training room lepas lunch, pehh ngantuk giler seyh..


pemandangan dalam training room


baru mula


selepas 5 minit...

 

Malam tu, gi makan di mutiara seafood corner. Dengar khabar, ada tomyam ketam. pelik! Si cuki la yang ajak. Cakap kitorang asyik makan kat tambak je. Aii memang la. Takkan nak makan kat kedai ketupat kot. Haha. Dan malam ini jugak kami dibelanja oleh cuki. Terima kasih woi! Tak kuar lah duit aku hari ni.hohohohoho



sume makan nak sama je makanan.haha


tomyam campur dia ade ketam seyyy


ria


cuki


 

Next target: dibelanja oleh housemate cuki lak

Saturday, April 17, 2010 pada pukul 7:50 AM , 0 Comments

Makan udara!

140410

1346




gambar ini bukan hiasan semata-mata

 

Pernah tak korang makan nasi goreng biasa + telur mata + teh o panas? Agak2 bape harganye? Semalam aku dapat harga paling terbaik skali. Sebelum ni aku penah cite makan kat sini murah2. Yang ni lagi terbaik! Semalam aku macam biaselah. Malam tu, gerak makan ke tambak. Kat situ ada 4 kedai yang akan bukak selalunya. So rasa cam sume dah penah rasa. Fikir2 jap, pastu aku cadangkan makan lah kat kedai hujung skali. Kedai makan Relax namenye. Memang kitorang penah makan sini aritu. Memang leh tahan sedap la dan harga nya pun agak berpatutan. Tetapi tak ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Semalam nya makanan, cmane yang aku sebutkan kat atas tadi. Nasi goreng biasa + telur mata + teh o panas kena rm8.50! macam lahaneut~. Sebenarnye dia cakap kat aku rm7.50 kalau aku tak pekak ar. Pastu aku cam tak sure, aku kasi ar dia rm10 tambah 50 sen. Pastu dia datang2 dia kasi aku baki rm2 je. Mana tak panas bai. Tapi sebab aku betul2 tak sure masa dia sebut harga awal2 tadi, aku pun memasrahkan diri (dalam hati menyumpah2) dan pulang dengan kecewa. Tapi still aku menyumpah sampai la sekarang! Hahaha. Takde ah. Tak baik sumpah2 ni. Sedangkan rasulullah pun memaafkan umatnya. Hoho.


 

Hari ni aku baru start induction training. Dari ari ni (selasa) sampai isnin depan. En tukimin yang in-charge untuk sesi ni. Hari ni banyak gak input dia kasi. Overall tentang TBPP ni. Tapi hari ni dia cuma buat half day sebab dia ada hal. So petang tu kitorang sambung balik lah projek kat ofis balik. Lewat petang tu, pergi jumpa En saiful jap untuk dapatkan tandatangan dalam log book. Sambil tu terangkan apa update tentang projek tu. Dia ok je. Sempoi. Dan jugak power. Beginilah berakhirnya episod pada kali ini..kesian.. eh sekian…

Thursday, April 15, 2010 pada pukul 9:31 AM , 4 Comments

jangan rajin sangat buat kerja!

130410
1435

Arini bermulanya minggu baru di tanjung bin.takde ape sangat pun. sebab projek pon masih tak siap lagi, so apa yg perlu buat adalah menyiapkan projek tu. due date akhir bulan. lambat lagi. En Saiful pun dah lama aku tak jumpa. takpelah. alang2 dah siap nnt baru jumpa terus. Yang menariknya semalam, kitorang kena amik baju kat dobi. dobi tu tutup kul 6. waktu keje smpai kul 5.30. so mau x mau kena gak kluar awal skit. sebenarnye takdela awal sangat pon. kuar dari office dlm 5.25 camtu. so smpai dpan main gate kul 5.30 gak. mai suka buat cuak oh! smpai rasa bersalah nak kuar office. macam lah kitorang ni pengedar dadah profesional. kitorang engineer baik. tak main la ponteng sikit2 ni. nak ponteng, ponteng satu hari terus.hoho

Sampai dobi tu dalam kul 6.05. memang tepat2 dia dah pacak tiang nak tutup dah. pehhh. klu lewat seminit pon aku rasa kitorang dah tak sempat dah.syukur Alhamdulillah. syukur 21 pula adalah filem lakonan kumpulan raihan.


filem syukur 21


pas balik tu ingat nak usha pasar mlm kat situ sat. tp tgk mcm xde ape je, so blk jelah. usha pasar malam dalam mimpi pun ok kot.


Malam tu seperti malam kebiasaan, kitorang gi makan malam kat tambak. tepi laut bai!haha. tapi disebabkan malam, tak nampak la lautnya. so sama jelah macam makan kat bukan tepi laut. tapi adalah dengar bunyi ombak berlari-lari.so terubat sket kekecewaan di hati.arini aku makan nasi goreng paprik ngan teh o ais limau. kat kedai ni tak special sangat. kat kedai sebelah gaya hotel doe dorang serve. waklu. tapi harga standard ar. tak murah tak mahal.yang sedang-sedang saja.


nasi goreng paprik dan teh o ais limau


Lepas makan tu, kitorang usha2 court futsal lak. court futsal kat sebelah kedai makan tu je. takdela sebelah sangat, tapi kalau naik keta tu tak sempat nak rasa aircond dh smpai lah.Petang tadi kitorang dh diajak dah oleh sedara lupa-nak-tanya-nama. minggu lepas lagi dia dh ajak dh. tapi tak pegi2 lagi. so arini datang la tunjuk muka. tiba2 ternampak lak si rahim ada main skali. siot tol. bukan nak ajak. lahaneut~ hahaha. diorang main ni company yang bayar. memang sedap ar. setiap ari isnin ngan rabu dorang akan main. so rabu ni insyaAllah kami akan main sekali. tapi aku kasut, kasut vans jelah ada pun. takkan nak pakai safety boot lak main. nanti orang kata aku ni protection sangat. haha.

itu jelah serba-serbi pasal arini. esok aku bukak citer baru lak. hoho

Tuesday, April 13, 2010 pada pukul 2:35 PM , 0 Comments

Melentur buluh biarlah dari rebungnyer

120410

0941


 

Post ni adalah rumusan kepada hari minggu di sini yang baru dilalui semalam. Pagi sabtu, aku ngan ria memang bangun lambat tak ingat ar. Biase lah, budak rajin time weekdays mesti akan malas time weekends. Kitorang bangun dalam kul 11 camtu, pastu terus siap2 mandi sumer. Dalam kul 1.30 baru lah kitorang gerak keluar untuk ke JB. Minggu ni berhari minggu di rumah tok ria lah nampaknya. Sebelum tu kitorang singgah dobi dulu kat tambak. Standard harga la dia kasi, cuma murah sket je. Dari situ, terus ke JB. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 mins untuk sampai ke kg melayu majidee. Ni kalau ikut ulu pulai. Kalau ikut skudai maybe lambat skit la sampai. Petang tu, keluar dengan buah hati ke jusco tebrau. Ingat nak beli baju t-shirt berkolar sket sebab aritu bawak sket sangat. Tshirt round neck banyak ah (masih ada hati nak men bb kat sini).


 

Keesokannya, terskip subuh pula. Bangun2 dah kul 7.30. memang tido mati abis. So qada' jelah subuh. Pagi tu dapat makan roti telor cicah kuah dal ngan sambal. Peh. Lama tak makan roti telor sedap2 camnih. Roti dia garing2 sedap pastu telor tersebar di seluruh pelusuk roti. Memang sedap giler. Petang tu, after lunch, tok ria telah memulakan langkahnya sebagai pencerita berkaliber. Dia citer pasal sejarah johor, sejarah malaysia dulu2. Lepastu masuk pula pengalaman beliau masa mengerjakan umrah dan haji. Pastu sambung balik sejarah pasal kesultanan johor. Termasuk la citer pasal dunia mistik dan ghaib. Memang banyak sangat input aku dapat. Kalah cikgu sejarah aku time skolah menengah lu. Banyak iktibar boleh diambil sepanjang satu jam setengah aku mendengar dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Hoho. Sampai nasi dah kering dah kat tangan sebab lama sangat tak basuh.


 

Dalam kul 6 camtu, kami pon berangkat ke pontian semula. Tapi sebelum tu, pakcik ria a.k.a Pak Mansor bagi kitorang abc special sorang satu. Menarik doe dia nye abc. Ade aiskrim ngan chocolate topping lagi. Slrrrrpp. Kalau sape2 datang kg melayu, singgah lah kedai Mansor Café depan post office. Pakcik ria nye kedai. Kalau sebut nama aku, dapat diskaun. Sebab nama aku sama ngan nama ria. Haha



abc sebelum proses mencekik


kelazatan sehingga ke saraf tunjang!


menikmati pemandangan sunset sepanjang jalan skudai-pontian

Monday, April 12, 2010 pada pukul 11:05 AM , 0 Comments

Coal ohhhhh so cold!

090410

2334


 

Hello mello. Ari ni adalah ari last aku di sini. Maksud aku, ari last untuk minggu ni lah. Bak kata orang save the best for the last. Tapi apa yang best nye pun aku taktau. Haha. Yang aku tau, arini adalah ari jumaat. Esok adalah sabtu. Dan lusa adalah ahad. Dan tulat adalah isnin. Ok. Berbalik kepada hari ni. Pagi ni aku bangun macam biasa, mandi macam selalu, pakai baju yang aku tak tahu, gerak ke tanjung bin berbulu2. Hebat tak pantun aku?


 

Aku masuk office ari ni, semangat dah berkobar2 nak abiskan keje. Kalau boleh, arini jugak nak siapkan pastu nak present terus kat boss. Sebab nak dapat tugas baru lak. Nak masuk site! Haha. Tengah2 buat tu, aku rasa macam tak sedap badan. Makan tak basah, mandi tak kenyang, minum tak abis. Aku rasa aku macam nak turun site gak sebab aku nak confirmkan betul2 size coal dengan macam2 lagi yang perlu aku pastikan. Sebab sebelum ni, semuanya aku assume lebih kurang je. Yelah. Peluang masuk site setahun sekali. Mana tak kena assume. Kalau tak assume, tak jalan la keje. Pastu aku pon tanya ar mai kalau2 dia tau sapa2 yang boleh bawak kitorang gi site. Sekali dia boleh cakap dia nak gerak ikut En shukri pergi meeting pastu jalan2 kat bahagian turbine. Pehhh. Ati panas beb. Kitorang pon nak ikut gak! Daymmmm.. Ati dah mula memberontak. Pergi bilik boss, kosong…Ah! ' aku kena masuk site gak!' bisik hatiku. Cewah. Macam ayat novel pun ada. Hoho. Pastu aku gi la tanya2 sket budak trainee yang dah lama kat situ. Si Faez ngan si syed. Dorang cakap gerak je. Walaupun itu dah melanggar peraturan safety, sepatutnya kena ada supervisor ikut skali, tapi memandangkan aku cuma nak tengok coal je. Bukan nak buat kacau atau apa, aku pun gerak dengan ria. Sambil gerak sambil memakai jaket diikuti dengan memakai helmet pulak dalam gaya yang slow motion. Macam gaya sivaji the boss. Macho seyh!


sivaji the boss v2

 

Pastu sampai nya aku di site tu, aku pun amik la size coal yang diangkut oleh mat2 foreigner atau lebih dikenali sebagai bangla meter. Tapi diorang ni baik. Diorang cari rezeki halal. Patut budak2 melayu contohi dorang sekarang. Datang negara orang takesah pon keje kotor2. Budak melayu skang keje nak sedap duk office je ada aircond. Takpe. Nanti aku geng ngan sahabat2 bangladesh tu taruk aircond kat site baru korang jelez! Hoho. Pastu aku pun amik lah diameter station air punya pipe skali. Pipe die kaler putih mewakili air. Air dalam english bukannya air dalam melayu. Aku pun amik jugak anggaran size untuk pit kat pyrite hopper tu. Entah menjadi entah tak projek kitorang ni. Tapi takpelah. Usaha tangga kejayaan!



timbunan2 pyrite yang akan dihantar secara manual ke ash pond


pyrite paling besar aku jumpa kat site




station air yang berwarna putih



ria sedang mencuba apakah rasa pit ni sebenarnya, adakah masam2 manis?




 

Balik dari site tu, keje la macam biasa. Sampai lah masa untuk jumaat. Ria tanya si cuki, dia cakap biasenye budak2 turun awal jumaat. Kul 12.15 dah turun. Tapi disebabkan sebok buat keje nye pasal, turun gak kul 12.40 cmtu. Arini makanan sangat enak. Aku amik nasi ayam+ayam+daging+sayur+timun+tomato+teh o ais limau. Kena RM2.50 je. Sebab ada subsidi RM2 untuk staff and trainee.hehe..After makan, pergila solat jumaat kat kampung dah lupa nama. Dekat je ngan TBPP. Dalam 5 mins je kot. Ingat jauh mana.Khutbah hari ni bertajuk 'Hidup lebih manis tanpa gula'. Haa kalau nak tau macamane, itulah yang dinamakan magik. Koh3


 

Sampai ke petang, aku dah dapat siapkan analysis untuk pressure dengan re-sketch drawing dalam pro E. tapi next week ade induction pulak satu minggu penuh. Mungkin lepastu baru dapat sambung projek ni. Adeh. Sampai sini je kot report aku untuk ari ni. Kalau ada bende menarik hujung minggu ni, aku akan post lagi. Oyasuminasai~

Saturday, April 10, 2010 pada pukul 12:25 AM , 0 Comments

Related Posts with Thumbnails