Fly Ash Silo

140510

1649


Jumaat:

Awal pagi pg morning meeting bawah ash & common campur boiler skali. First time try nak catit sumer defect atas whiteboard tu. Boleh tahan banyak defect2 utk ash ni. Tapi memang kat sini ash section paling banyak maintenance. Lepas tu follow Mr. Peter ke FA Silo B. Kali ni dia pnye corong ash tu lak senget. So kena betulkan balik jadi lurus. Lepas solat jumaat, pergi WTP kejap tapi tak jadi sebab dorang nak teruskan kerja kat silo dulu. So meronggeng bersama faiz (ayam) ke coal yard dan ash pond. Jumpa plak otai lama, mike. Otai duduk coal yard tu!

telescopic yang senget.

peter khoo dibantu oleh anak buahnya cuba membetulkan telescopic yang senget itu.

tengah jalan2, nampak coal terbakar. turun jap, snap pic pastu cabut. hoho


Sebaik sampai di silo, dorang nak bukak hopper yang kat bawah tu dulu. Tapi disebabkan ada balance ash yang masih tinggal dalam tank, tak jadi bukak. Kali ni nak bukak dari atas plak. So naik la 8 tingkat menara silo tu. Memang penat caharam gak ar. Tapi bila dah sampai atas angin sepoi2 bahasa melayu membuatkan penat tadi hilang. Pemandangan pun agak cun kat sini. Dorang longgarkan skru untuk man hole. Seterusnya, tunggu arahan orang atasan. Kitorang pun turun balik ar pegi pantry cari air oren nyum nyum!

berlatarbelakangkan emission stack di atas FA Silo.





tukar background plak jadi boiler. model tetap sama.


Petang ni balik KL!oyeah~

Friday, May 14, 2010 pada pukul 5:00 PM , 0 Comments

Teknokrat tu apa?

130510

1338


Report utk minggu ni.


Isnin:

Ikut technician C&I pergi cek signal yang ade error kat Mill E unit 30. Kena tukar terminal block dgn 2 wayar baru. Lepastu elok dah.

jangan ingat kitorang tengok longkang kosong gitu jer. dalam tu ada orang tengah repair signal transmitter.




dari sini leh detect ada signal tak kat bawah tu. jumlah semua proximity limitswitch ada 8.kumpulkan kesemuanya sekarang selagi stok masih ada!


Petang tu gi ikut amin the technician masterpiece pergi usha Water Treatment Plant.

ni lah Water Treatment Plant (WTP). didalamnya ada AC Filter, Cation Exchanger, Degasifier, Anion Exchanger dan Mixed Bed atau lebih dikenali sebagai 2B3T.


ni retention basin. bersebelahan dengan WTP.


ni plak takde kena mengena langsung dengan WTP. tapi ni lah tempat outlet cooling water untuk condenser. aku suka gi sini sebab rasa cam nak mandi je air terjun neh.


Pastu pergi ke Coal Unloader (CUL) plak. Jalan kaki je. Memang otai abes. Dah sampai CUL, dapat plak peluang naik atas tengok dorg repair shaft/bearing utk CUL 10. Gayat dol naik atas tu. Jatuh tu memang selamat tinggal dunia lah nampaknya.

Panjang citernye kenapa kitorang sanggup jalan kaki ke sini. sampai security pon naik pelik awat la budak2 ni tak naik kete atau motor ke kesini. hahaha



ini bucket untuk Coal Unloader (CUL) 10.


ini lah dia CUL. kiri tu CUL10. yang sebelah dia plak CUL20. tapi CUL10 tengah rosak skang. bearing/shaft die dah pecah. kesian..


bergambar bersama tdp paling otai, Mr. Amin

nampak cam TRANSFORMERS nye robot seyyyy.


kat situlah tempatnya shaft/bearing yang pecah tu. kami akan ke sana untuk menyiasat apa yang berlaku.


Posing sket atas CUL.

kapal ni dari china kalau dilihat pada nama nya.

setelah selesai process claiming coal dari kapal.

pemandangan TBPP dari CUL.


sebelum balik, sempat bergambar bersama faiz ayam sebab takut nak naik CUL. boooo


Selasa:

Follow Suhaili the hensemest technician pergi Mill pyrite A unit 20. Gantikan rubber yang dah loose dengan yang baru. Petang tu duk office dan melanguk. Haha

itc technician sedang menggantikan rubber yang telah loose di dalam pit pyrite hopper.


Rabu:

Follow Mr. Peter Khoo the Kane wannabe pergi Fly Ash Silo. FA Silo B ada choke. So kena bukak chute dan ketuk supaya batu besar yang melekat dalam tu jatuh dan jeng jeng jeng. Berdebu gila dalam tu. Tak tahan. Dorang belum abis wat keje lagi aku dah balik admin dulu dah. Dengan habuk cam Masked Rider baru turun dari motornya dan berjalan ke depan untuk bertemu musuh, aku sanggup bila benda tu terjadi di televisyen sahaja.


kena bukak chute ni sebab dah choke dek penangan fluidizing stone di dalamnya.

tersangat lah panas dan berdebunya didalam Fly Ash silo ini.

lori dari LaFarge sebok menloading ash ke dalam tangkinya.


Khamis:

Follow ITC Technician, Mr. Salahuddin the jaguh segala jaguh pergi tukar valve baru kat hydroejector pump untuk Mill pyrite A unit 20. Di samping itu, betulkan kebocoran yang berlaku untuk Flush valve pada tempat yang sama. Kerja ini adalah gabungan bersama Ash dan C&I disebabkan di valve itupun ada signal transmitter juga.

para-para sakura sedang membuka inlet valve yang lama untuk digantikan dengan yang baru.


valve lama yang dah leak.





valve baru untuk unit2A.


Lepastu bersama2 Faiz the ayam man dan Ijat the banyak-awek-tapi-semuanya-bukan-awek-sebenar pergi naik ke level 16 untuk usha steam drum. Dalam pada itu juga, usha sekali soot blower dan downcomer di level 14.


Utk petang ni… Klu rajin aku tulis. Taip pun boleh~


*gambar akan diupload jika aku membeli charger baru utk hp sony ku yang sudah rosak. Sob3

*updated: gambar sudah diupload.

Thursday, May 13, 2010 pada pukul 1:53 PM , 0 Comments

sukan apa selalu orang tanya? sukan-ne-ka?

070510
1027

Ari jumaat aritu berlangsungnya Malakoff Sports Carnival anjuran siapa lagi kalau bukan Malakoff di UTM Skudai, Johor, Malaysia. Acara ini melibatkan site dari Lumut, Prai, KLHQ dan TgBin sendiri selaku tuan rumah pada tahun ini. Seramai hampir 500 orang dari seluruh pelusuk negara hadir bagi memeriahkan majlis. Berikut adalah laporan sepanjang acara ini berlangsung.

Khamis
8:00 pm - Bertolak dari rumah sewa di Pontian menaiki savvy ria.
9:00 pm - Sampai di Scholar Inn UTM. Check in dulu. Sebilik dengan zharul it dan fitri rp. Tempatnye agak lawa setaraf dengan hotel 4 bintang.
10:00 pm - Dapat bungkusan burger king dari insan tersayang~ oyeah!
12:00 am - Fly ke Disneyland.

ruang tamu bilik. penuh gila dengan goodie bag!

printer yang digunakan oleh zharul sepanjang malam untuk print mkn nye schedule

bilik aku n ria. power

tandas vip room luas sket dari normal room.

vip punya bedroom. lagi power.



Jumaat
Aku diletakkan under committee logistik di bawah bos tersohor, bro rhahimi. haha. so senang citer kena jaga bas dan jadi runner in case ade yang tertinggal bas. Jadi hari ini telah menjadi sedikit palat, sebab aku ngan ria cam takde keje pon selepas bas pergi. Sepatutnya kitorang incharge jaga kembara untuk any general use. tapi entah mana kembara tu ilang aku pun taktau. so dalam keadaan bosan tu terpaksa lah duduk melanguk sekali di kaunter sepatutnya-on-line-update-tapi-tak-jadi bersama zaky dan mai.Aku ditugaskan bawak DCEO esok tapi smpai ari ni aku tak penah test drive fortuner tu lagi.kasi la sepam dua test jap.baru la konfiden nak bawak nanti.dayum.Malam tu bertolak beramai2 ke danga city mall, tempat pelbagai acara sukan berlangsung serentak. antaranya adalah bowling, paintball, congkak, pool dan carom. apabila sukan bowling dan pool menghampiri kemuncaknya, tiba2 blackout satu mall. hahaha. lawak la plak. macam tak penah2 terjadi tiba2 je lak jadi malam tu. kesian pada para peserta. tapi takpelah. next time boleh cuba lagi! memang penat gila balik tu. nampak katil terus boom!

van yang diuruskan oleh tokey bas dan van sambil memegang hailer.

usha orang men bowling.

asyik bowling je, tengok congkak plak.

terima kasih kepada cuki kerana sudi menjadi paparazzi kami. huheuheue (kat sini jumpa mdm iza sebab suami dia rupanya keje malakoff jugak)

sesi belajar carrom bersama saya. peserta bertuah: aina.

bergambar bersama bos a.k.a rhahimi a.k.a mafia taiko tapi tak suka kutip duit. haha





Sabtu
Pagi2 lagi dah bangun. Cycling eventnya kat Nusajaya. So yang incharge pergi sana adalah ria. sebab aku kena bawak bos jalan2 naik fortuner nanti. after selesaikan bas, bekfes sikit kat bawah tu then ready untuk dipanggil. setelah sekian lama baru lah dorang kasi aku bawak fortuner tu gi jalan2. aku pun pergi la merantau dengan rasa riang ria raya bersama chef ismail. dah rasa macam konfiden bawak, baru aku pulang ke scholar inn semula. tunggu punya tunggu, rupanya dorang dah ade driver yang akan bawa bos naik fortuner. oh bagus gak! aku pun masa tu macam dah takde mud gak nak jd driver. pe lagi, naik balik hotel terus tido blk. aircond+selimut tebal tu! haha. petang tu, gi usha volleyball sambil main shoot2 basketball guna bola spare volley. Final volleyball tu TgBin lawan Lumut. mmg syiok gle tgk. men nak psycho je. sini ejek sana. sana ejek sini. tp mmg style la dorg men.last2 TgBin menang dan secara automatiknya menobatkan TgBin sebagai pemenang keseluruhan pada tahun ini. mmg klasik nasional!

peace sket


eh ni bila ni?


Malam tu ada dinner di Dewan Sultan Iskandar UTM. apa yang best kat sini...makanan la kot. haha. meja committee special punye. duk dekat2 ngan vip bai. baru la nampak class. padahal pakai tshirt biase je mase tu sbb ria nye pasal la neh! kunci savvy dia lak tertinggal dalam van. van tu plak dah gerak pontian malam tu. abis baju melayu dengan kasut terperangkap dalam savvy tu.haha.kalau tak mesti leh menang best dress malam tu.hohoho


Ini lah sedikit sebanyak berkaitan acara yang telah berlangsung hujung minggu lalu. Adventure gak ar join benda2 camni. rasa berbaloi la di samping buat praktikal kat sini, dapat join committee sports day skali. Bak kata pepatah, kambing tanduk gunung, gunung tak runtuh, tanduknya yang patah.

sekian dari saya, hasbullah akmal sidek..majulah sukan untuk negara..

Tuesday, May 4, 2010 pada pukul 4:21 PM , 3 Comments

Tiga budak hitam, kencing dalam kolam, satu jatuh tersembam, tinggal lah enam.

030510

1616



pokok depan rumah sewa


 

Minggu lepas budak2 dari UTM datang intern kat sini. 3 orang semuanya. Ade sorang engineer mechi pun baru masuk. Ex uniten gak. Makin bertambah la budak uniten kat sini. Dah cam gathering lak rasa. Last week bz gila dengan sport carnival punya persiapan. Diawasi oleh Mr. bos a.k.a En Rhahimi, kitorang ditugaskan melakar map untuk event tu nanti. Abis kluar la skill2 melukis menggunakan computer ni walaupun entah ada atau tidak skill itu, itu yang kita tak tahu. Entah hari apa aku tak ingat, hari rabu kot kalau tak silap, dapat gi join usha2 site ngan budak2 baru. Budak2 ini terdiri daripada Zaki, Ijat dengan Nadia. Makin bertambah lah gang praktikal yang buat havoc kat sini. Hoho. Kali ni, jalan2 pegi ke bahagian coal plak. Selama aku duk sini, tak penah lagi pergi coal nye tempat. Asik duk admin je. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan. Duduk admin kesejukan, dalam kepala asyik berangan. Keluar sebentar mencari rambutan, apa yang dapat arang di tangan. Ni lah pantun budak2 coal kat sini. Padahal aku men reka je nih.



journey to the west

coal conveyer

berdebu giler dalam ni. tapak kasut pun leh nampak jelas. walawehhh

Coal punya CCR

Coal yard dari dekat

aku nak tunjuk gambar pulau stesen minyak jauh sana tu, bukan tank bomba merah ni

inilah dia tempat cooling water kembali ke pangkal jalannya

niagara falls.ahha

menjenguk site pada waktu tengahari memang menempah maut. panaih babeng!



 


 

Okay berbalik kepada projek pyrite cleaner yang masih lagi dalam proses, kitorang dah sampai di kemuncaknya di mana aku dah tak tahan nak menelaah projek ni lagi neh. Bosan seyyy. Teringin lak nak kerja2 kat site. Tapi nanti bila dah penat kat site, mesti teringin lak nak wat projek camni balik. Ni lah manusia. Diberi paha, nak betis. Menolak rezeki betul. Ok. Aritu dah meeting dengan En Saiful. Design dah ada tapi kena re-design sebab design yang sekarang ni telah memusykilkan kami bertiga tentang bagaimana caranya device ini menyedut pyrite & waste yang terletak di dalam pit. So aku kena wat research semula berkaitan ni, dan adjust design dalam gun tu supaya ianya diterima oleh logik akal dan berbuktikan kajian saintifik. Overall, benda dah hampir siap. Safety procedure pun dah masukkan. Material pun dah cari. So ibarat macam dah di hujung2 penamat da projek ni. Harap2 lepas ni dapat kerja yang banyak kat site lak. Tapi jangan banyak sangat. Sikit sangat pun jangan. Biar sedang-sedang. Bak kata iwan, yang sedang-sedang saja.


 

Jumaat aritu, dah berlangsung nya Malakoff Sports Carnival. Selama 2 hari 2 malam acara ini berlangsung dan ianya boleh lah dikatakan mendapat sambutan hangat dari seluruh pelusuk tanah air. Nanti aku update kan kisah ini di post yang berikutnya…

Monday, May 3, 2010 pada pukul 4:38 PM , 0 Comments

Related Posts with Thumbnails