Mari makan2!

090410

1513


 

Kelmarin, buah hatiku bagi kitorang special makan malam untuk aku ngan ria (time kaseh syg!). Ada nasi himpit, rendang daging, sambal udang, ayam masak merah, dengan tempe masak taktau tapi sedap! Sedap tahap leleh air liur bai. Pastu pagi tu adalah lebihan udang ngan ayam lagi. Udang tu tinggal dalam 2 butir je so aku abiskan time tu terus. Masuk terus dalam mulut yang baru lepas gosok gigi. Sedap sey sambal udang perisa mint! Pastu pagi tu si mai bawak mihun lak untuk kitorang share 2 orang. So aku bawak sekali la ayam tu. leh la makan ngan mihun tu nanti.


 

Sampai di office, aku masuk kubik lu. Usha2 line tengok semua tempat masih kosong. Mungkin ramai yang pergi morning meeting. Kul 9 camtu aku ngan ria makan la makanan2 tadi kat pantri. First time masuk pantri ni. Cuak gak macam nak masuk bilik interview. Ada sorang brother dalam tu tengah duduk2 baca metro sambil minum air teh. Dia jemput kitorang duduk kat tempat yang besar sikit sebab kitorang bawak makanan. Peramah tak peramah gak ar orang sini. Hoho. Menarik gak pantri die. Sebab jug2 kat situ semua berisi air2 panas macam air teh, teh o, nescafe. Makcik2 cleaner kat sini la yang tolong bancuhkan air2 tu. Air oren sejuk pun ada tapi taruk dalam peti sejuk la sebab kalau taruk kat luar jadi air oren luar. Btw, terima kasih makcik!


 

Pastu, aku start balik keje aku yang tertangguh semalam. En saiful kasi sampai sebulan untuk buat projek ni, tapi kitorang seboleh2 nak abiskan awal2 jugak sebab teringin nak buat keje lain lebih2 lagi keje yang banyak pergi site. Hoho. Masyuk beb pegi site sini. Biar panas takpe, tapi hati puas. Agak2 macam da nak abis tu, petang tu kitorang gi la present kat En saiful. Nasib baik dia ada kat bilik. Sebab dia ni bz sket. Biasela. Section head kot. Kitorang pun present la hasil keje kitorang tu. Pastu dia tengok, dia macam 'oh bagus gak budak 2 ekor ni eh'. Dia pun rasa puas hati gak ngan keje kitorang cuma dia suruh tambah safety punya procedure dalam tu. Kat sini, nak buat apa2 pun, yang penting adalah safety. Konon macam dalam production meeting pun, sebelum meeting dijalankan pihak safety yang akan cakap dulu. So kalau kat sini korang langgar safety, memang menempah maut la tu. Ketua dia dah la leh tahan garang. Macam goldberg. Antara banyak2 meeting pagi, meeting bahagian safety la yang paling bising sebab leh dengar suara En razali, ketua bhgn safety dari jauh. Hoho. Eh Mai, asal ko tak gi meeting? Hahahaha

En saiful kata, bila dah siap semua skali, dia nak suh kitorang present time meeting. pehhh peluh gak camni. kitorang dah la taktau ape2 benda pun kat sini. tapi takpe ar, try jugak la buat yang terbaik.


 

Oh lupa lak nak tunjuk boot baru aku. Smart doe! Macam boot justin bieber.



booot-oooooo.hahahahaha

Friday, April 9, 2010 pada pukul 3:42 PM , 0 Comments

Who’s that pokemon?

080410

1204


 

Semalam adalah hari ketiga aku kat sini. Aku banyak duduk office buat research untuk projek aku ngan ria. Pagi tu, aku ngan ria volunteer untuk masuk meeting ash handling. Geng ash handling dengan geng boiler selalunya akan meeting sesama sebab saling bergantung each other. Kitorang pun dengar lah dorang bincang2 tentang defect yang berlaku. Untuk pengetahuan, meeting akan dijalankan setiap hari pada pukul 8.45 pagi. Kesemua maklumat akan dicatatkan di atas white board besar. Assistant manager untuk boiler kalau tak silap, Mr. Chew pon alumni Uniten gak. So memang banyak gak ar bekas2 uniten yang masuk ke sini. Ada harapan neh.hoho

Lepastu, hari ni gak kitorang dapat tag dengan swipe card untuk access banyak tempat kat sini. Sebelum ni memang sakit gak ar kalau tak de swipe card ni. Nak masuk main entrance, kena turun dulu pi register kat security amik pas visitor ngan pas kereta. Pastu nak masuk office pun susah. Nak kena tunggu mana2 officer datang touch card dorang baru dapat masuk sekali. Peh. Macam pendatang pun ada. Tapi takpe la. Kitorang pun budak2 lagi. Mana layak main touch2 card ni. Sekarang ni bila dah ada tag ngan card, baru ar cam otai!


 



Gotta catch 'em all!

Thursday, April 8, 2010 pada pukul 2:17 PM , 7 Comments

Pengembaraan bermula!

070410

0942


 

Semalam aku tak sempat nak update blog sebab aku dah boleh bawak laptop ke office arini, so tak perlu la aku pakai bruudben untuk update blog aku hari2 lagi. Huehue. Tapi untuk post kali ni, aku nak citer pasal semalam punya aktiviti. Kitorang dah diberitau waktu kerja dari kul 8.30 smpai 5.30 petang. So pagi tu gerak lambat ar sket dari hari pertama. Siap singgah beli kuih luuuu. Giler ar. Smart kot! Pastu sampai2 kitorang masuk semula ke kubik masing2 tunggu arahan seterusnya. En Azizi datang bitau akan ada safety induction kul 10 pagi. Kul 10 tu gerak ar kitorang berempat ke training room dan talk tu dikelolakan oleh En Shukri.



Safety induction dalam training room


 

Sebelum tu, aku nak citer sket pasal En shukri ni. Dia ni… eh panggil beliau lah.baru nampak respect sket. Beliau ni orang melayu tapi dari kecik menetap di US selama 24 tahun. Lepas tu baru dia datang balik ke malaysia kerja di off shore dan baru lah ke power plant. Dia ni pernah jadi pakar forensic. So dah macam2 bentuk orang yang dia selidik dan analisis. Talk dia best giler kot walaupun tak segiler mana tapi dia ni suka citer pengalaman. Tu yang tambah menarik lagi dan dia pun suka bagi ceramah mengajak ke arah kebaikan. Jangan kejar dunia sampai lupa akhirat. Kalau dia masuk politik, aku confirm vote dia bai!


 

After safety talk selesai, kitorang dipecahkan oleh En Azizi ke section2 head masing2. Si Mai awal2 lagi dah dapat bahagian safety. Haha. Kesian sebab tak dapat nak masuk site lagi. Buat keje office je la untuk sebulan ni. Si Rahim lak dapat ke bahagian coal plant. Best kot sebab dia belah2 laut sana. So experience lagi gempak tapi kat sana diorang banyak dalam bahagian electrical dan power. Sebab tu si Rahim yang dapat. Aku ngan ria lak dapat bahagian Ash handling. Bagus la tu. Dah la dua2 dapat bahagian yang sama, nama pun sama, Asyraf. Keje lak kat bahagian Ash handling. Power!


 

Kitorang dibawa berjumpa dengan section head of Ash handling, En Saiful Nizam. Dia kata sebagai engineer, takkan korang nak ikut technician pergi site pastu buat2 keje camtu je. Sebab engineer kat sini tugasnya adalah menganalisis defect2 pada machine di bawah bahagian ash. Bahagian ash handling ni kalau korang nak tau, tugas utama adalah maintenance. So kena maintain semua machine2 di sini supaya dia punya defect tu tak accumulate dari hari ke hari. So dia bagi 2 project yang dia pernah fikirkan untuk dibawa ke depan.


 

Pertama: Revise pump module

Kedua: Vacuum cleaner untuk buang pyrite & waste


 

Dia terangkan lama gak ar. Macam2 detail dia kasi dalam penerangan, and aku teruja gak kitorang dapat in charge dalam main problem kat sini. Sebab untuk projek yang kedua tu, dorang masih guna kan manual. Means dalam proses outage, dorang akan mintak kontraktor bersihkan bahagian dalam dan angkut semua waste yang tersangkut. So main objective untuk projek ni ialah untuk working on a model that using station air dan boleh angkut semua waste di dalam pit ke luar. So proses membuang pyrite & waste akan menjadi lebih mudah. Working principle nya adalah lebih kurang macam gun snow wash yang selalu kat tempat cuci keta tu.

pyrite hopper

Mill overview

pyrite yang jatuh semasa buka main hole

pyrite2 yang terjatuh ke dalam pit yang boleh menyebabkan pump terbenam





 

Kelebihan menggunakan Vacuum Cleaner:-

  • Lebih mudah
  • Tak perlu tunggu outage untuk bersihkan
  • Tak perlu mintak kontraktor masuk dalam pit which is a confined space
  • Mengelakkan sebarang kerosakan jika kontraktor cuai semasa di dalam pit
  • Menggunakan station air dengan lebih efektif


 

Petang tu after lunch, En Saiful bawa kitorang masuk site. Memang exciting giler bai! Tapi sebelum masuk, kena complete pakai PPE iaitu safety helmet, safety boot, dengan jaket. Aku pun dengan semangat boot baru beli semalam, melangkah masuk dengan penuh bergaya. Tadi dah dapat penerangan. Sekarang dapat tengok real punya benda. Baru faham apa yang dibebelkan sebelum ni. Tapi masuk tempat ni seronok gak ar. Korang tengok ar sendiri.



16th floor of coal-fired st 30

emission stack dari dekat

st 20 - aku naik sampai tingkat 3 je...sob3

mendengar penerangan oleh En saiful

power!



 

Banyak sangat nak aku terangkan, tapi aku rasa ni sumer dah summarize hari kedua aku kat sini. So saya pun apa2 pun, untuk menjadi apa? Insan yang cemerlang…..





back to the office

Wednesday, April 7, 2010 pada pukul 10:30 AM , 0 Comments

Hari pertama sekolah!

050410
2032

Aku bangun awal pagi arini. biasa lah. semangat nak pakai seluar baru ngan kasut baru. Genap 8 tepat aku pon dah terpacak kat pintu pagar Tanjung Bin Power Plant (TBPP) bersama dengan ria ngan mai cegu geo. Nak masuk kena daftar dulu. macam2 gak ar nak kena. lebih kurang cam pendatang asing nak masuk malaysia. Bila dah masuk dalam tu dapat la aku tengok rupa TBPP ni yang sebenar. boleh tahan besar gak dia punya kawasan. Kitorang pon pastu jumpa lah En Azizi Mazlan. Dia ni yang bertanggungjawab atas trainee2 kat sana. Dia ni pun bekas pelajar uniten jugak batch 2002. kira dah otai la sekarang ni.



Pemandangan TBPP dari dekat



Admin nye building kat sini lawa giler seyh dalam tu. ada taman dengan kolam ikan lagi. waklu. rumah aku pon takde. giler power!


Taman di tengah2 admin building





Arini takde tugas sangat pon. Cuma kena isi form2 pastu kena settle kan untuk PPE. aku dah lah lupa bawak safety boot datang sini. terpaksalah beli kat kedai jap petang tadi. tapi style lagi la dari yang lama.


Rajin tetapi power!


Nak kena solat isyak pastu nak pi kuar makan lu. Nanti2 ada masa aku sambung lah kot. itupun kalau budak yang dah power tu tak jadi skema balik!

Monday, April 5, 2010 pada pukul 8:32 PM , 0 Comments

First footprint in Pontian!

040310

2334


 

Woah. Aku ada banyak benda nak cerita ni tapi takut tak tido pula malam ni. Dari kisah tinggal di rumah nenek acap ria sampai lah ke mimpi basah sampai kena bangun mandi pukul 3 pagi! Panjang sangat nak citer. Itu nanti2 lah aku citerkan.


 

Nak dipendekkan cerita, aku sampai lah di umah sewa ni ditemani oleh buah hati tercinta, acap ria dan family dia. First impression tengok umah dari luar, pehhhhh gila kuning! Sebab dinding luar cat kuning. Macam lahaneut. Masuk dalam lagi sakit. Memang tak pernah basuh ke apa rumah ni. Owner cakap penyewa sebelum ni dah kuar 3 bulan lepas tapi kalau tengok ni macam 3 tahun dah kena tinggal. Takpe. Sabar beb! Power punya pasal.


 

Dah abis sapu2 bilik, layan lah taruk sumer barang dalam bilik pertama sedangkan ada 2 bilik kosong lagi tapi aku pun taktau itu bilik ke rumah kucing. Kongsi gak ah bilik dengan ria. Lebih kurang cam kat kajang impian 'impian setiap insan' jugaklah.


 

Malam tu kitorang pegi lah billion beli barang2 cuci sket. Ingat nak beli rumah baru terus, tapi bila pikir takde duit, lupakan jelah. Pastu pegi lah cari kedai makan kat sekitar. "haa tu ha ada kedai makan melayu" kata aku. "lek lu. U-turn lu" balas ria. Pastu kitorang park ar tepi jalan dan turun la dengan gaya orang luar baru masuk pekan. Ingat nak terus duduk kasi waiter datang amik order tapi usha customer2 lain asal dorang beratur kat tempat makan. Sekali dorang jual ketupat dengan rendang je. Pehh. Dah cam ari raya lak rasa. Takpe. Sabar beb! Power punya pasal.




Ni ar kedai yang jual ketupat je sebagai makanan asasi diorang


 

Dah rayau2 depan sikit, jumpa lah kedai makan kat tepi terminal bas. Aku makan kueytiaw goreng jer pasal perut pun asyik meragam je.


Kueytiaw goreng dengan teh ais. makanan pertama kat pontian.



Ria bajet power ar woi!




Abis makan tu kitorang pun rasa cam dah lambat gak. Kedai2 sini pun tutup agak awal gak ar. Kul 9 tu dah macam bandar koboi dah. Sampai2 umah, terus meluru bukak pintu grill. Masuk kunci dalam mangga. Cun. Pusingkan lak. Eh asal ketat ni. Try lagi skali. Takleh gak. Panas ati suh ria lak pusing. Takleh gak! Pehhhhh.. menyirap balik dah. Takpe. Sabar beb! Power punya pasal. Agak2 dalam 10 minit gak ar main pusing2. Tahi di dalam perut pun dah takde mood dah nak kuar. Smart!


 

Apa lagi, call owner ar. Pastu brother jiran sebelah kuar sap kok. Borak2 kutuk2 owner jap dengan dia. Dia pun try gak bukak kunci. Takleh gak. Pastu agak2 dalam 15 mins sampai la owner. Dia kasi kunci spare. Boleh lak guner! Terbaik ar. Takpe2. Sabar beb! Power punya pasal. Akhirnya masuk gak la dalam rumah. Cuci2 sket tandas sebab tandas la yang paling penting. Kalau tandas kotor hati tak tenang, jiwa tak tenteram. Buat apa semua serba tak kena. Bak kata pepatah, jangan sangka air yang tenang tiada buaya.


 

Banyak lagi aku nak citer, tapi aku rasa aku citer banyak2 pon korang bukan amik port. Lagipun si ria lak nak guna. Tak guna. Aku pon tak solat lagi ni. Tahi pun masih ada lagi dalam perut. Nanti2 aku update lagi pengalaman aku kat sini. Ensem.

pada pukul 12:02 AM , 0 Comments

Related Posts with Thumbnails